welcome
“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)
Labels
- .Random (10)
- cerita hati (17)
- inspirasi hati (24)
- Random (6)
- sahabat (7)
- tanbih (16)
- tokoh (1)
- VENT (4)
Tuesday, 15 March 2011
Kisah 4 isteri
"Dan bukanlah harta atau anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada kami, melainkan orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan.." <Saba:37>
Jika si emak2 atau si ayah2 atau yang selainnyalah selalu menceritakan kepada kita tentang kisah2 para nabi dan rasul, kisah para sahabat dan tabi'in sebelum tidur serta kisah2 teladan sebagai penghibur diri seperti buaya dengan kancil, arnab dan kura2 serta banyak lagi.. kali ini ana ingin berkongsi tentang satu kisah yang InsyaAllah boleh dibuat teladan dan pengajaran.. tapi mungkin ada diantara antum yang dah tau kisah ni.. tapi ana nk kongsi juga.. jika ada yang dah tau boleh dibuat tazkirah dan jika belum tahu boleh dibuat ilmu baru..
Ada seorang lelaki ni, amatlah kaya.. boleh dikira sebagai jutawan.. Ana namakannya Leman.. Leman amat berpengaruh tidak kiralah di dalam atau luar negara.. semua orang mengenalinya.. selain itu,, leman mempunyai 4 orang isteri tetapi sayang,, beliau tidak dikurniakan seorang pun anak... nak tau ceritanya dengan isteri2 beliau? jom baca...
Isteri pertama leman adalah seorang perempuan yang biasa2 je.. x lah cun sangat dan x lah buruk sangat.. dia adalah seorang isteri yang amatlah setia dan selalu merawat leman jika dia jatuh sakit, dia juga selalu menguruskan hidup leman seperti makan pakai dan macam2 lagilah.. tetapi sayang, leman selalu mengabaikannya.
Isteri keduanya pula ialah seorang isteri yang selalu memberi perhatian kepada leman.. sentiasa berada di sisi leman jika dia berada di dalam kesusahan atau kesulitan,, isteri yang keduanya juga selalu membantu leman menyelesaikan masalahnya.. disebabkan itu.. leman amat suka jika mengadu masalahnya kepada isteri yang keduanya ini..
Lain pula cerita tentang isterinya yang ketiga ini, dia adalah seorang wanita yang amatlah cantik dan pandai bergaya.. leman amat suka memperkenalkan isterinya ini dengan teman2 nya yang lain.. leman amat bangga jika teman2 memuji isterinya dan dia merasakan dialah lelaki yang amat beruntung sekali.. tetapi leman takut juga jika isterinya ini lari ikut lelaki lain..
Isterinya yang keempat agak sama dengan isteri ketiga leman.. dia ni cun lah jugak.. leman selalu memberikannya kekayaan dan kesenangan kepadanya.. leman tidak pernah lupa untuk memberikannya wang belanja harian dan selalu membelikan pakaian yang cantik2 untuk isterinya yang ketiga ini..
Tidak lama selepas itu, leman jatuh sakit... dalam keadaannya yang tenat.. dia memanggil keempat-empat isterinya menghadap... leman memandang ke arah isterinya-isterinya dengan muka yang amat sayu dan mula bermadah kepada isterinya yang keempat..
"Wahai isteriku yang paling muda.. kau amatku sayangi.. setiap hari aku x pernah lupa untuk memberikan wang kepada kau, dan kau selalu aku berikan pakaian yang cantik2.. oleh itu,, sudikah kau berada disamping ku sehigga aku di hujung nyawa?" dengan pantas isterinya yang keempat menjawab... "tentu saja tidak.. buat apa nak buang masa jaga kau.. lebih baik aku keluar.. enjoy lagi best.." katanya dengan angkuh dan terus berlalu pergi...
Kata2 itu amat menyakitkan hati seperti pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hati leman.. lalu leman memandang ke arah isterinya yang ketiga pula..
"Wahai isteriku yang ketiga.. kau isteri yang amat ku bangga2 kan.. sudikah kau bersama ku hingga ke hujung nyawa"? lalu dia pun menjawab.. "hidup begitu indah di sini.. aku tidak mahu meniggalkannya.. lagipun aku masih muda dan cantik.. selepas kau mati aku boleh khawin lagi.." selepas menggungkapkan kata2 itu,, isterinya yang terus berlalu pergi...
Leman amat terpukul dengan kata2 isterinya itu.. tetapi leman tidak berputus asa,, leman terus memandang ke arah isterinya yang kedua pula dan terus mengatur madah...
"Wahai isteriku yang selalu membantuku ketika aku berada didalam kesusahan dan kesulitan... sudikah kau bersama-samaku hingga ke akhir hayat hidupku"? kata leman dengan suara yang amat sayu.. lalu isterinya yang keduanya pun menjawab... "wahai suamiku,, aku tak mampu tolong! aku hanya mampu menguruskan jenazahmu hingga selesai dan akan menghantarmu hingga ke kubur sahaja.. tapi kau jangan risau,, nanti aku akan buatkan kau makam yang amat indah wahai suamiku.."
Kata2 isterinya yang kedua itu ibarat kilat yang menyambar.. leman berasa amat sedih dan kecewa terhadap perangai isteri2 yang amat dikasihinya.. tiba2 leman terdengar satu suara yang amat sayu di tepi pintu biliknya.. cam ni bunyi yer,, "wahai suamiku, aku akan tinggal denganmu.. aku akan mengikut ke mana sahaja kau pergi.. aku tidak akan sesekali meniggalkanmu dan aku akan sentiasa setia denganmu.."
Rupa-rupanya suara itu adalah kepunyaan isterinya yang pertama.. leman amat sedih melihat keadaan isterinya yang kurus seperti orang yang tidak cukup makan serta dengan bajunya yang kusam amat menyentuh hati leman.. leman hanya mampu memandang wajah isteri pertamanya itu dengan pandangan yang hiba dan menyesal..
Begitulah kisah hidup leman.. tetapi sedar atau tidak?????
WUjuD 4 ISteRI InI DAlaM HIDup KIta!!!
Isterinya yang keempat diibaratkan seperti tubuh badan kita.. walaupun kita hiasnya dengan kecantikan dan keindahan tetapi tidak ada yang tersisa saat kita mati pergi menghadapNya..
Isteri yang ketiga pula diibaratkan seperti status sosial kita semasa hidup seperti datuk, datin, tan sri, puan sri dan macam2 lagilah.. semua akan pergi kepada yang lain iaitu pewaris2 yang akan datang.. begitu juga dengan harta kita.. ia akan beralih kepada kerabat2 kita yang lain bila kita mati nanti...
Isteri kedua pula seperti kaum kerabat kita.. sentiasa memberi pertolongan ketika susah dan senang tetapi walaupun rapat,, mereka tidak boleh sentiasa bersama kita selamanya.. hanya ke kubur sahaja mereka mampu hantar..
Isteri pertama pula adalah iman dan amal kita,, mungkin kadang2 kita pernah melupakan dan mengabaikannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi..
Tetapi ingatlah,, hanya iman dan amal sahajalah yang mampu mendampingi kita ke mana sahaja kita melangkah hatta sehingga ke akhirat kelak untuk membantu kita di akhirat semasa bertemu Robbul Izzati...
Oleh itu,, perlakukanlah iman dan amal kita sebaiknya supaya kita tidak menyesal akhirnya nanti..
Ana teringat kepada satu hadis yang diberikan oleh sahabat ana.. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila matinya seorang anak adam itu maka terputus daripadanya segala amalan kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.."
Moga iman dan amal kita sentiasa bertambah sepertimana bertambahnya umur kita...
<<< SALAM UKHWAH>>>
Label:cerita hati
inspirasi hati,
tanbih
Dia Sahabat...
"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, dan benci demi Allah.." <Riwayat Tayalasi,Hakim, Tabarani Fi al-Kabir & al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah & Ibn Nasr>
Memori itu mengigatkan aku,
Pada waktu itu,
Jiwa dan hati kita bersatu,
Gigih bersama menimba ilmu,
Untuk mengejar cinta Yang Satu,
Tika kalamMu membisik rindu,
Hati kami semakin mekar mencintaiMu,
"Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.." <Ali-Imran:103>
Oh, indahnya persahabatan ini,
Jika kerana Illahi,
Tidak wujud dusta menyakiti,
Musnah segala perasaan dengki,
Sinar semua kepentingan diri,
Hanya redo tuhan dicari,
Moga persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat di akhirat nanti....
Label:cerita hati
inspirasi hati,
sahabat
sepi~
Ketika sepi menyapa diri,
Adakah aku bersendiri?
Kekadang menitis air mata di pipi,
Hatiku tertanya-tanya sendiri,
Adakah aku menangisi diri sendiri?
Tiba-tiba ku rasakan damai,
Bila tuhan berikan jawapan,
Bahawa diri sentiasa diperhati,
Kau tidak pernah menyendiri,
Adanya Ar-Rahman yang sentiasa menemani,
Ayat al-quran penghibur hati,
Terpana aku bila mengingati,
KalamMu Yang Maha Tinggi,
"Janganlah berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.. sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.." <Az-Zumar:53>
Kini barulah aku sedari,
bahawa sepi itu tak pernah menghampiri,
Bila hati ikhlas menyintai Illahi,
Kerana dialah kekasih abadi..
Label:cerita hati
inspirasi hati
Monday, 14 March 2011
Dugaan Ini..
Beratnya ku rasa dugaan ini,
Ya Allah, kau sentiasa menguji,
Mampukah ku memikul ujian ini?
Dengan rasa kehambaan diri?
Dengan penuh bersangka baik denganMu Illahi,
Malah semakin ku jalani, apa yang ku perolehi?
Hanya derita, demi derita menanti,
Namun aku akui, kasihMu tak bertepi,
Terlintas di hati ini kalamMu yang suci,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannyan, dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.." <Al-Baqarah:286)
Sedarlah aku bahawa,
Dugaan itu tanda cintaNya,
Kutersenyum sendiri bila mengingati,
FirmanMu yang Maha Tinggi,
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.." <Asy-Syarh:6>
Mungkin dijalan derita ini,
Ada bahgia menanti..
Label:cerita hati
inspirasi hati,
tanbih
Thursday, 3 February 2011
Halaqah Cinta
"Diri kita ibarat cawan, jika kita tidak menuang air ke dalam cawan, molekul-molekul udara akan masuk.."
Begitulah juga dalam kehidupan,, jika kita tidak tuang dengan iman dan amal,, anasir-anasir lain akan masuk.. seperti apa yang ana belajar di bugisiah, maahad serta program-program yang ana sertai.. usrah itu penting! tanpa usrah,, kita mungkin akan jauh dari jalan tarbiah,, serta mungkin akan jauh juga dari Allah.. nauzubillah.. bila bercerita tentang usrah ini, ana teringat tentang usrah secara tidak formal diantara si ayah dengan si anak...
Malam itu, ana keluar bersama umi ayah dan adik ana yang kecik,, hakimi pergi ke ke B.P Mall utuk mencari jubah di first lady,, ketika itu radio mendendangkan lagu Alhamdulillah dari maher zain.. ana dan adik ana mengikut nyanyian lagu tersebut dengan gembira.. tiba2 adik ana bermadah..
kimi: akak, nanti belikan air tau.. kita nak duduk dalam kereta jelah..
ana: yer lah.. nak air apa?
kimi: air pepe jer.. asalkan sejuk..
ana: ish.. x baik untuk kesihatanlah.. <sambil buat muka serius>
kimi: ala kalau air panas, susah nak minum.. nanti melecur mulut! sape susah.. ayah jugak..
ayah: panas? erm,, kimi nak dengar cerita x?
kimi: nak.. nak.. cepatlah cerita..
ayah: ni cerita pasal syaitan.. tau tak, dulu syaitan duduk kat dalam syurga..
kimi: eh,, yer ke? bukan ke dia duduk kat dalam neraka sebab diakan dicipta dari api... lagipunkan dia jahat.. <dengan muka kebingungan>
ayah: ye,, memanglah dia duduk kat neraka... sebelumtu, dia duduk kat dalam syurga... masa tu,, Nabi Adam belum dicipta lagi.. lepas Nabi Adam dicipta,, syaitan kena halau dari syurga sebab dia x nak sujud kat Nabi Adam.. hanya malaikat je yang patuh pada perintah Allah dengan sujud pada Nabi Adam...
kimi: nape pulak dia x nak sujud? degillah syaitan tu!
ayah: tulah sebab x boleh nakal2 kalau x nak jadi kawan syaitan..<kimi tersengih2.. kerana rasa diperli..> lepas syaitan x nak sujud, malaikat bertanya "wahai hamba Allah, nape engkau x nak sujud pada Nabi Adam? bukankah ianya suatu perintah dari Allah"? syaitan pun menjawab "kenapa aq nak kena sujud dengan dia? aq diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah.. sungguh x sopan! x de class lahkan.."
kimi: ayah, nape kita boleh buat jahat? sebab syaitan suruh yer?
ayah: sebab dalam diri kita ada nafsu.. nafsu selalu suruh kita buat jahat.. contohyer macam main PS2 sampai x dengar umi dengan ayah panggil, tengok astro sampai x ingat waktu solat, main kat padang,, dah nak maghrib baru balik.. tu sume nafsu yang bisik... selain tu dalam diri kita pun ada roh...
kimi: eh, roh tu cam ne yah? x penah nampak pon..
ayah: roh tu ghaib, sebabtu lah kita x boleh nampak.. roh ni, selalu suruh kita buat benda baik, tapi nafsu sentiasa melawan.. masa mula2 Nabi Adam dicipta, roh telah dicampakkan kebadan baginda.. masa separuh roh masuk ke badan,, tiba2 Nabi Adam bersin, diapun ucap.. 'Alhamdulillah" itulah kalimah pertama yang keluar dari mulut baginda..
kimi: oh, sebab tulah kita kena sebut Alhamdulillah kalau acem?
ayah: a'ah,, pandai pun! nak tau x.. dalam badan kita pun ada qarin,, iaitu pendamping,, bayangan..
kimi: bayangan?? eh,, ayah.. kita selalu nampak bayang2 hitam kat umah kalau duduk sorang2.. seram!
umi dan ana yang hanya mandiamkan diri tiba2 katawa... haha,, adik ana ni badan je besar.. tapi penakut!
ayah: apelah,, ingat tu je.. kita boleh takut dengan Allah je tau.. kalau kita takut dengan benda lain,, kita boleh syirik!
kimi:ooo... paham.. paham... ayah,, mana ayah tau semua ni? ayah baca buku eh?
ayah: ayah tengok kat halaqoh kat t.v 9.. bukan asyik tengok cartoon je.. lepas ni,, istiqamah dalam diri,, jangan asyik ikut nafsu dalam sesuatu perkara tu.. ingat!
kimi: BAIK KEPTEN!! <sambil menjerit dengan penuh semangat>
Bukankah Allah telah berfirman.."Dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka" <An-Nisa:63>
Dari situ ana sedari,, halaqoh boleh saja diwujudkan di mana2 tanpa mengira tempat dan waktu... seperti perbualan pendek diantara si ayah dan si anak tersebut.. amatlah penting sesuatu halaqoh itu mula diwujudkan dalam diri anak2 sejak kecil lagi.. dengan halaqoh dan penerangan yang mantap boleh menjadikan seseorang itu menjadi lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu yang baik serta dirinya akan sentiasa teruja untuk terus istiqomah untuk terus melakukannya..
Ana teringat janji Rasulullah S.A.W iaitu "Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari.."
Moga dengan berhalaqoh,, jiwa kita dapat sentiasa diisi dengan iman dan amal.. insyaAllah...
::::::::Salam Ukhwah:::::::::

tiba2 ayah ana yang sedang memandu meyampuk...
ayah: panas? erm,, kimi nak dengar cerita x?
hakimi yang amat suka bila mendengar cerita terus duduk katengah2 kereta sambil berkata..

cerita hati,
inspirasi hati,
tanbih
Monday, 3 January 2011
Memori terakhir
Dari kanan dieja, zahrah(sesat, tak termasuk pun huhu), k.dira & mak usu (mak cik dewan makan yang paling baik & sempoi), c-da and syafiqah. yg bawah pulak dari kanan piah, fatin and syahirah...
Gambar tu diambil sewaktu malam minggu terakhir di aspuri.. semua pakai baju sama, orang kata cam nak pi kendarat, huhu.. buat gelak jerk. Tujuan pemakaian baju tu sbb nak ambik gambar buat kenangan dengan k.dira & mak usu semata-mata... tp mas dgn zack x de, itu adalah kerana sbb2 teknikal.. haha..
5 Jan 2011 ini adalah tarikh keramat yang mana kami semua akan melangkah ke destinasi yang baru, yang mempunyai suasana yang baru, kawan yang baru, cikgu yang baru, baju baru, ilmu baru,dan segala-galanya yang barulah.. haha.. destinasi tersebut ialah.. MAAHAD JOHOR, yang terletak di johor bahru lahkan..
Banyak kenangan yang terlukis di hati ini bersama sahabat2 di bugisiah. yang sentiasa bersama ketika bergelak ketawa dan menjadi madu peyembuh luka ketika hati sedang berduka. Terima kasih sahabat.. hanya ucapan jazakallah hukhairan kasirah yang dapat ana ucapkan pada antunna semua..
sesi pengambaran sewaktu majlis akhir tahun dan perpisahan kakak2 f.5.. bersama warden2 yang teramatlah comel2 belaka.. huhu..
Terima kasih pada adik2 f.4 yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut serta akak ucapkan selamat maju jaya dalam mewarisi kepimpinan pada tahun 2011 nanti.. moga, antunna menjalani tugas dengan amanah dan dedikasi.. Buat yang terbaik untuk SPM tahun depan!
Buat sahabat2 ana pulak, apa yang ana harapkan adalah semoga kita sama2 mendapat keputusan yg amatlah gread in SPM 2010 ni dan sentiasa istiqamah dalam menghayati dan menjalani ilmu2 yang dipelajari selama 5 tahun ini..moga rahmat Allah sentiasa bersama kita.. InsyaAllah..
Moga, persahabatan indah ini bisa menjadi syafaat di akhirat nanti..
~salam ukhwah wa ukhwah fillah abadan-abadan~
Label:cerita hati
cerita hati,
sahabat
Subscribe to:
Posts (Atom)
usrati jannati:)