welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Tuesday 21 January 2014

Deep.


Bismillah..
This is my first post in 2014.
even now it is January 21.
ahakk.. T_T

Alhamdulillah, happy blassing new year.
May Allah bless,
may Allah easy,
May Allah bless all of our life's journey 
aminn.. :)


Sometimes, when it seems that people around us can do nothing,
leave us hopeless & helpless alone,
lost in the dark,
say to the heart,
Allah is there for us.
No matter what.

Keep on moving & find for the light.
Put the best effort & trust in Allah.
InsyaAllah, we'll find it sooner or later.
Just be patient & pray.
Allah had brought us there,
And Allah will never leave us alone.

Verily, life is a test.
Be grateful.
Be patient.
Because no matter how weak we are,
Allah will never leave us.

"AlhamduLillah for the flaws that keep me humble,
and the sins that keep me repenting"
A nice quote to be noted.

Just be a part of the saff.
And strive the best.. Lillahitaala.
Have faith.

Hemm.. teringat akan qoute dalam CJ (contengan jalanan)

"I don't order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is virtue and abandoning sins is a duty, so you need for this latter is greater than your need for your former."

[Yahya Ibn Mu'adh]

Maksudnya,
Aku bukan suruh kamu meninggalkan kehidupan duniawi, tetapi 
aku suruh kamu meninggalkan dosa. Untuk meninggalkan duniawi itu dikira 
terpuji tetapi untuk meninggalkan dosa itu tanggungjawab. Dan untuk 
meninggalkan dosa itu lebih penting daripada meninggalkan dunia. 





Alhamdulillahi al'a kulli hal :D

Friday 2 August 2013

Ramadhan kareem! ^^ eah?


Bismillah.
Alhamdulillah, ramadhan menganjak ke malam 25.
eah? baru nak update kah?
hoho.. 

Ramadhan akhirnya kita bertemu lagi. Tapi..
pastikah hingga ke hujungnya?
yakinkah yang tahun-tahun hadapan nanti kita akan bertemu lagi? fuhh!

Kita selalu doa..
Ya Allah, sampaikanlah aku kepada ramadhan!
Lalu Dia yang Maha Baik, lagi Pengasih.
Makbulkan, perkenankan...
Maka, nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman)

Lalu, jangan mudah-mudah jadi yang rugi.
jangan kita persia segala pemberianNya.
Tetapi, syukurlah!


Jika hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan ramadhan pasti ! Mereka bercita -cita  supaya ramadhan itu sepanjang tahun 
[ riwayat al- thabrani]

Manusia ni, tak pernah lepas dari rasa penat bukan?

Tapi sometime rehat yang berpuluh jam, tidak memberi kelegaan secara total. Sungguh!
Yang sedikit mungkin lebih baik.
maka, mari.
bersama belajar mencari tenang dari Dia.
mencari rehat yang benar-benar rehat.
solat. sabar. & etc

Makanya....

Persiapkan diri untuk jadi yang Dia sayang.
macam biasalah, buat yang Dia arah, jauh yang Dia larang.
Simple kan?

Untuk ramadhan kali ini.
Mutabaah amal dah dapat cantik molek dah.
Alhamdulillah sudah ada yang terisi.
Moga ianya istiqamah dalam hidup yang mendatang selepas ramadhan ini.
Dan moga ianya bukan hanya setakat 'adat'. fuhh!


(ni yang UNIMAS punya, yang sendiri punya lupa nak ambik gambar =_=" tapi still sama je ^^)


Post untuk ramadhan kali ini, rasanya mungkin ini yang pertama dan terakhir (confident memang pon! pergh..)

Sometime apa yang dirasa itu betul.
entah sempat, entahkan tidak untuk sampai ke penghujung ramadhan ni.
Allah, moga aku layak untuk bertemu malam seribu bulan itu.
moga kita layak sampai, moga  ia tak kusam.
moga mampu sambut dengan riang rianya bersama iman yang warna warni.
serta taqwa yang  kukuh kembali.
may Allah bless...

Tak lupa juga buat saudara-saudara kita di sana.
Syiria, mesir, palestin, ronghiya dan lain-lain.
Jangan lupa untuk bedilkan doa bertubi-tubi buat mereka.
Qunut nazilah juga. InsyaAllah sama-sama usaha!

Wahai Allah, moga Engkau jaga dan pelihara mereka yang aku sayang.
Aku mengimani bahawa Kau sebaik-baik penjaga dan pemelihara.

“Sesungguhnya Rabbku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.” [Hud: 57]

“Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” [Yusuf: 64]


Till end, walaupun banyak benda yang nak diupdate.
Tapi hanya ini yang mampu tercoret. huhu..
Harapnya ada manfaan even just a words.
Moga Allah ampun dan redha pada kita, dia dan mereka.

sekian,
Salam ukhwah.

Friday 28 June 2013

Nasihat?



Bismillah..

Amaran tegap!
Ini salah satu post yang amat random. Khas peringatan buat diri sendiri yang  lemah lagi banyak kekurangan.
Tinggalkanlah jika ia tak bermanfaat bersamaan tak menambah iman. heh!

Nabi Muhammad S.A.W ada kata, jika terlihat sesuatu kemungkaran hendaklah menegur dengan tangan, jika tak mampu gunalah lisan, dan kalau tu juga lemah semangat, gunalah hati. Tetapi itulah selemah-lemah iman!


Fuhh!!!
Selalunya yang last-last tulah yang selalu kita buat, kan?
earkk~

Mungkin tak dapat nak dinafikan yang mencegah dengan tangan itulah yang paling payah.
Sebab bukan semua orang ada tangan (kuasa) nak menegah.
Tapi sampai bila?
Bila nak mula bermujahadah? perghh!

Lisan. Mungkin itu paling sedikit.
bajet. sebab nak jaga hati insan.
Padahal takut kena umpat plus keji-mengeji. eahh?

Hati pula.
Rasanya kaedah yang paling termudahkan?
yalah, kata pun selemah-lemah iman.
Sampai bila kita nak jadi selemah-lemah insan ni eak?
Adoii... lembek! ewwuu~

O.K! Full stop!
fikir.. renung.. tafsir.

Selama ni duk sebuk kata, nak jadi yang Allah sayang.
Nak jadi yang Allah cinta.
Tapi bila nak mencegah kemungkaran dengan benda yang termudah pun kadang-kadang tak pass.

Nampak mak cik jual nasi pakai tudung macam tak pakai.
Hati tak rasa apa-apa.
Nampak kawan dating pi pasar.
Hati blur~

Eah?? Iman kau kat mana?
Pengsan.

Wahai Allah, ampun!
Lalainya hati.
Moga hati ini mampu jadi kuat.
KUAT macam orang-orang yang Dia sayang.
Macam oarang-orang yang Dia cinta.
Ameen.

sekian.
Allahumma musta'man.

Saturday 15 June 2013

Hati, moga lebih berhati-hati.

Bismillah.

huh! setelah sekian lama. Kini AsrarIllahi kembali! (baca dengan tone iklan tora)

Tadi lepas maghrib, tersentak lepas baca tafsir surah al-mukminun.

gulp!
terkedu sendiri.

"Sesungguhnya orang yang takut azab Tuhannya, mereka sangat berhati-hati. (al-Mukmimun, 23:57)

tertanya-tanya pada diri. Cukup berhati-hatikah aku nih?

*batuk kuat!* Uhukk..!

Ya Allah, moga aku tergolong dalam kalangan yang berhati-hati itu.
fuhh~

Bila rasa segala perkara dilakukan dengan tergopoh-gapah tak tentu pasal, 
pasti sangat segalanya berantakan. 
Tak ada rasa nikmat dalam perlaksanaan.

ehh??
lagipun bukankan itu kesukaan syaitan nirrojom?

Allah.. Moga bukan kemurkaanMu yang aku undang.

By the way, ramadhan is looding.
Awal-awal dah siapkan list untuk prepare.
untuk jadi mukmin yang berhati-hati.
Biar rasa tak nak hantuk kepala kat dinding nanti (menyesal) :'(

Benda yang kena berhati-hati!

- Suka mudah-mudah
- Suka rehat (landing memanjang)
- Fikir perkara simple
- Cita- cita kecil
- Suka berangan  =_="
- Tak boleh korban masa tidur dan rehat
- Tak boleh hidup susah
- Suka bertangguh
- Tak pandai merancan planning hidup
- Tak rasa rugi masa terbuang dengan perkara sia-sia
- Lambat belajar dari kesilapan
- Tak pandai sesuaikan diri dengan apa-apa keadaan
- Anggap masalah berpunca dari orang lain bukan diri sendiri
- Tak boleh ditegur
- Tak pandai ambil peluang
- Tak ada matlamat untuk jangka masa pendek dan panjang

Statistik itu jika ditakuk yang sama, amat rugi untuk ummah, menyesal sampai ke tua!

https://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-ash3/p480x480/529561_10151740240787846_1643019159_n.jpg
Jangan terlalu kita ikutkan hati.
Agar kita lebih berhati-hati :)

Astaghfirullah...

sekian:
Salam ukhwah




Sunday 10 March 2013

iman itu sifatnya yazid wa yanqus!

 


 Bismillah.


iman itu sifatnya yazid wa yanqus!

maka, tinggalkanlah ini jika ia tak menambahkan iman!

Tak tau kenapa, tapi tetap nak kata.

Sebenarnya saya rasa...
kita terlalu banyak berpura-pura!
kononnya lah!

sebab sebenarnya kita tak cukup beriman lagi!

orang yang beriman itu bukankah yang meletak Allah yang rasul sebagai yang utama tanpa mengira waktu gembira atau sedih, berjaya atau gagal.

tapi... kita??


Hanya Ingat Allah pada yang bila air mata jatuh bercucuran, 

pada hati yang duka lara kesedihan.
eh, tak malu kah??
dan sebenarnya, kita tak yakin pada janji Dia!
oh! shame on me! *sigh! sobs!

ingatlah pada Dia pagi & petang.

pada tiap saat.
walau kau di mana-mana!


"Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."
[40;55]
Biiznillah!
Moga boleh menjadi yang lebih hebat dari dulu-dulu.
Sekali lagi,
 iman itu sifatnya yazid wa yanqus!
moga ia terus bertambah. Ameen~

Wednesday 23 January 2013

VENT 4


“Mana Inas?”

Kakinya menapak ke arah meja makan lalu terus menarik kerusi dan duduk. “Dalam bilik tengah tidur, dia penat sangat tu.”

“Apa masalah dia Khaulah?” Tangan kanannya pantas manyuap honey star manakala tangan kirinya memegang nota econs.

“Dia stress sangat tadi, dia kata ada orang perli dia kat publick pasal tudung.”

Tangan yang nak menyuap lagi honey star dalam mulut pantas terhenti.  “What? Sapa punya mulut yang tak ada insurans tu? Ni yang nak keluar bunga silat ni!” Matanya membulat.

Khaulah tersengih, dia tidak menjawab. Dia tak heran langsung dengan reakrasi sahabat baiknya itu sejak dari matrik lagi. Si Wildan ni amat pantang bila ada orang usik kawan dia. Apatah lagi keluarganya. Marah sungguh dia. Dia ingat lagi 3 tahun lepas bila bercuti di kampung Wildan. Adik bongsu Wildan yang bernama Hanan pernah ditolak secara tidak sengaja oleh kawannya sampai luka di buku lali. Natijahnya, satu jam lebih-lebih kawan si Hanan tu kena ceramah free. Sadis!

Sebenarnya dalam hati, Khaulah rasa amat kesal dengan peristiwa yang  terjadi. Khaulah tahu, hati Syafinas ni lembut, dia sebenarnya boleh je terima bila orang lain tegur, tapi kenalah berhikmah. Hati siapa yang tidak terguris dan hendak menerima nasihat apabila ditegur dengan tengkingan serta cercaan?

Buktinya adalah bagaimana terjadinya sejarah pesahabatan baik antara dia dan Wildan dengan Syafinas dua tahun yang lalu. Waktu mereka sama-sama masuk UKM dulu. Masa tu Khaulah dan Syafinas satu bilik di pangsarama 6A  dari semester satu lagi. Syafinas yang waktu itu tidak mempunyai kawan baik telah mula cuba berkawan dengan teman sebiliknya Khaulah. Dan memang sifat semula jadi Khaulah yang ramah dan mudah bergaul itu yang telah menjadikan mereka berkawan baik, sampai sekarang.

Syafinas walaupun tidak bertudung, tapi solatnya sentiasa terjaga. Walaupun kadang-kadang nak dekat akhir-akhir waktu. Tapi alhamdulillah, itu tanda Allah masih sayang dia. Khaulah dan Wildan pernah ajak-ajak juga dia bertudung. Tapi Syafinas kata dia tak sedia lagi. Khaulah ingat lagi malam tu bila Syafinas bagi alasan kenapa dia tak nak berhijab ni. Dia kata dia minat rock, lagi-lagi Amy Search. Nanti tak rocklah kalau dia dah pakai tudung.

Khaulah hanya mampu tersenyum je. Dia tahu, tu cuma alasan. Memang sebenarnya si Syafinas ni tidak bersedia lagi nak bertudung. Dan peristiwa hari itu memang jadi kejutan buat dia. Sebab dia ada cara dia sendiri untuk tegur Syafinas.Benda yang dia hendak jaga dulu adalah solat kawan-kawan dia ni. Lagi-lagi solat berjemaah. Sebab dulu walid pernah pesan kat dia...

“Walid tahu walid sibuk. Anak-anak walid ramai. Dan walid tak boleh nak buat spot check satu-satu apa yang anak-anak walid buat. Tapi.. ada satu yang walid betul-betul jaga, solat. Sebab walid tahu, elok solat anak-anak walid,  maka eloklah juga perangai anak-anak walid ni..”

Dan memang betul, kesedaran itu lahir dari kesempurnaan solat tersebut.

...dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (Al-Ankabut: 45)


So, selama ini dia sanggup bila jadi imam setiap kali solat berjemaah sebab dia nak harapkan perubahan dalam diri kawan-kawan dia. Terutama Syafinas. Baru-baru ni je dia start buat tazkirah lepas maghrib, itu pun beberapa kali sahaja dalam seminggu. Untuk next step, memanglah nampak lambat. Tapi dia yakin, bila dia sabar insyaAllah, Allah akan bantu dia.

 

Selain itu dia sedar, dalam berdakwah itu ada seninya. Macam Allah kata..

“Dan berikanlah pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka” (An-Nisa:63)

Dan tanpa dia sedar, terpacul ayat ni dari mulutnya perlahan. “Ya Allah, tolong berikanlah hidayah pada sahabat baik yang dia sayang sangat ni!”

Wildan yang baru hendak ke singki untuk membasuh mangkuk honey starnya, terduduk balik bila terdengar doa itu. Sempat lagi dia kata dalam hati. “Ameen..”

Thursday 27 December 2012

C.I.N.T.A



Cinta,
Satu kata yang menerbitkan senyum bahagia,
Kadang-kadang tangis yang berbaur gembira,
Sesungguhnya...
Cinta itu mendamaikan, bukan menyesakkan,
Cinta itu menguatkan, bukan melemahkan,
Dan cinta itu menyembuhkan, bukan menyakitkan.

Cinta..  adalah rahmat dariNya,
Kerana dengan cintalah,
Seorang ibu merelakan jiwanya,
Demi kelahiran buah hati tercinta,
Kerana dengan cintalah,
Seorang ayah mengerah diri sekuat tenaga,
Demi mencari nafkah untuk anggota keluarga.

Kerana dengan cinta jugalah,
Salahuddin al-Ayubi tidak dapat tertawa,
Sebelum al-Aqsa dibesaskan,
Kerana dengan cintalah
Sumayyah rela syahid demi akidah,
Keran a dengan cintalah,
Bilal sanggup derita demi syahadah,
Kerana dengan cintalah,
Hamzah, Jaafar dan Hanzalah,
Rela syahid demi cinta mereka pada agama.

Sementara dengan cinta jugalah,
Namrud mati dibunuh seekor serangga,
Akibat terlalu cintakan kuasa,
Firaun mati lemas kerana cintanya pada mahkota dan takhta,
Dan Qarun ditelan bumi bahana permata bertimbun kepunyaannya.

Ya Rahman,
Jika cinta adalah keindahan,
Tawanlah aku dengan keindah  cinta padaMu
Agar  tidak wujud lagi cinta,
Yang lebih indah dariMu,

Ya Rahim,
Jika cinta itu pengorbanan,
Tetapkan niat dari semua pengorbananku,
Semata tulus untukMu.

Ya Wahhab,
Jika cinta itu rindu yang menyakitkan,
Sukar  ditemukan bayang muaranya,
Penuhilah rasa sakitku dengan rindu padaMu,
Dan jadikanlah pengakhiran hidupku,

Sebagai muara pertemuaan denganMu




p/s: Persembahan sajak saya dalam subjek bahasa kebangsaan khamis ini insyaAllah. Mohon doanya :D 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)