welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Thursday 2 June 2011

Hari guru maahad johor

Happy Teacher's Day for all teacher in the world.. ahakh..

It's about teacher day at mj.. wargh.. best jiddan!
Tak sangka ana dapat no.2 dalam sajak b.m..
hoho... bkn nk riyak ye..:)
hoho.. persembahkAN                          
                                                       
     ~KAULAH CAHAYA KAMI~


guru, 
kau ibarat matahari,
petunjuk jalan kepada musafir,
menerangi alam ciptaan illahi, 
dan sumber tenaga kehidupan ini.
cikgu,
cahayamu seperti bulan, 
menghapus gelita dari kegelapan,
memberi petunjuk perjalanan,
serta bersinar indah memberi ketenangan.
ya muallim,
ketabahanmu seperti senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
kecekalanmu mantap tidak terenggut,
roh dakwahmu tidak pernah surut,
kerana kau tanpa sangsi menyahut,
kalam Rabbimu tanpa sangsi dan takut,
"Dan berikanlah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka" (An- Nisa:63)


Sifu,
jiwamu mantap seperti Hassan al-Banna,
 yang berfikrah menggegar dunia,
merelakan tubuh dimamah peluru,
demi menegakkan kalimah Allah dan rasul.
Ya alim,
walau khilafan kau terima,
namun hatimu sepemaaf Yusuf,
sebagaimana baginda dicampak ke perigi tua,
berpisah dari ayahanda bertahun lamanya,
namun tiada dendan buat saudaranya.
Ya arif,
aku doakan kau bahagia,
di dunia dan akhirat jua,
dan apabila kau kembali kepada pencipta,
ku harap pusaramu harum mewangi,
bagai harum pusara Masyitah,
semerbak kasturi,
doaku ini adalah kerana,
KAULAH CAHAYA KAMI..

the poem, for all human in the world.. sebabnya Imam Syafie pun bergurukan pada orang yang dungu..    beliau berkata "semua orang dungu itu adalah guruku, kerana aku belajar darinya tentang perkara yang buruk supaya aku tidak melakukannya"

hebatkan beliau.. baginya, semua orang itu adalah gurunya..
for my umi dan ayah.. happy teacher day jugak sebab umi the great teacher in my life.. you learn to me about Allah, you learn about sabar about loving, and everything..
thank you so much.. may Allah less us!

sekian....
                                                             SalaM ukHwAH ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)