welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Tuesday 3 May 2011

Benci dunia, Cinta akhirat??

Bismillah....


Alhamdulillah.. dapat lagi ana meng update blog ni. kesian blog ni, dah bersawang dah.. kali ni ada ada benda best nak kongsi dengan antum semua.. pasal, hinakah cinta dunia? Ada beberapa situasi yang menyebabkan ana nak berkongsi pasal benda ni..


SITUASI 1

Masa tu, ana nampak surat khabar metro kat dewan makan.. ana beleklah kejap, kebetulan masa tu tgh baca cerita pasal ada show kat disneyland.. tiba2 kawan ana datang.. dia pun menyebok-yebok nak baca.. ana pon bagilah, tapi dia tak nak pulak.. dia kata..


"ish.. dunia.. dunia.. tak naklah..."

Terdetik dihati ini.. dia perli aku ke?


SITUASI 2


"masa tu, saya datang rumah ustaz ni, ya Allah.. punyalah mewah, siap ada hometeater lagi.. apa nak jadi.... bla.. bla.. bla.."
Itulah salah satu perbincangan yang ana dengar dalam suatu tazkirah..


Terdetik di hati ini.. Yeye oo je dia ni...

Teruk sangat ke cinta dunia ni???


Cuba kaji mesej diantara hadis-hadis nabi SAW yang bersabda:

 "Dunia itu penjara orang mukmin dan syurga orang kafir"

Sabda Rasulullah lagi..

"Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing saja yang merebut bangkai"

Dan sabdanya lagi..

"Dunia itu terkutuk, terkutuk juga segala isinya melainkan apa yang dikerjakan di dunia itu, semata- mata kerana Allah"                   

Walaupun pendapat sesetengah orang kenyataan di atas itu bukan hadis, tapi suka ana mengajak antum semua memahami mesej disebalik kenyataan itu dengan bijak dan cermat...


Jadi, mari kita mengkaji bersama-sama.. yosh!


Kenyataan yang pertama itu harus difahami begini... Dunia seperti penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.. maksud kenyataan itu lebih kepada hidup berperaturan! Orang mukmin itu semasa hidupnya di dalam dunia ini perlu mengikut peraturan... barulah gaya hidup orang mukmin itu lebih kemas dan teratur Manakala orang kafir pula, semasa hidup di dunia ini hidup bebas tanpa dikawal undang2 islam... kehidupan mereka seperti dalam syurga yang sememangnya tiada peraturan.. Jelaslah disini.. dunia itu tidak harus dibenci, sebaliknya harus dinikmati dengan mengikut peraturan..

Kenyataan kedua pula menjelaskan bahawa dunia tidak perlu dikejar dan diburu kerana lazimnya sesuatu yang diburu itu adalah lazimnya seperti bangkai yang amat digemari oleh anjing! Jadi, jika umat islam suka memburu dunia sehingga melupakan Allah, ibarat anjing yang mengejar bangkai..

Bukankah Allah telah berfirman.. " siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambahkan keuntungan itu baginya. Dan siapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat"  (Surah al-Syura:42:20)

Kenyataan ke 3 pula dikuatkan lagi dengan hadis tersebut yang membawa maksud bahawa dunia ini tidak akan dihina atau dikutuk jika ia dikerjakan semata-mata kerana kehendak Allah.. oleh sebab itu, dunia tidak salah dicintai oleh umat islam asalkan mereka tidak  membelakangi Allah...


SETUJU TAK??? hehe..

Dari situ ana sedar.. TIADA ISTILAH BENCI DUNIA CINTA AKHIRAT!  kita sebagai umat islam,  perlulah ada sifatTAWAZUN dalam diri kita.. tawazun itu bermaksud seimbang..  keseimbangan amat penting dalam diri insan untuk meraih kecemerlangan dunia dan akhirat.

Dalam hidup, ada banyak benda yang ingin kita capai.. semua mahukan kecemerlangan di dunia dan akhirat.. dalam urusan dunia, kita perlu mencari duit untuk makan, pakaian, tempat tinggal dan lain2 lagi,, tetapi pada masa yang sama, kita juga punya tanggungjawab kepada Allah dalam beribadah seperti solat, zakat, membaca al-Quran dan lain2 lagi.. tanpa bijak menyeimbangkan kedua-dua perkara ini,, maka kehidupan kita akan hancur..


Akhir kalam.. tidak salah cintakan dunia.. tetapi haruslah sentiasa menjaga tanggungjawab kita terhadap Allah dan sentiasa menjaga hati agar setiap pekerjaan yang kita lakukan mendapat redha dan rahmatnya.. (jaga niat)


SEkiAN....   Salam ukhwah..
                                                          

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)