“Buat apa tu Jim?”
Kepala yang khusuk menghadap kertas A4 diangkat
sekejap memandang Syafiq. “Note.”
Syafiq terus menuju ke arah meja Azim. Tangannya
pantas merampas kertas A4 yang terletak molek di atas meja Azim. Bulat matanya.
“What? Lecture
suruh kau buat note dalam tulisan
jawi ke? In arabic?” Kerut didahinya bertambah beberapa lapis.
“Mana ada. Tu nota aku saje-saja.” Tangannya
pantas merampas kembali kertas A4 ditangan Syafiq. Jarinya kembali menulis menyusun
perkataan-perkataan arab dibarisan fi'il dan fa'il yang sesuai.
“Hermm.. aku taulah dulu kau sekolah menengah kebangsaan agama,
belajar arab. Tapi sekarang dah kat U
kot. Course kau pun medic kan? mana ada arab. Peliklah aku.”
Syafiq terus melabuhkan punggungnya diatas katil Azim. Gelas yang menggandungi
air horlicks ditangan kanannya dihirup perlahan.
“Memanglah, tapi dah lama aku tak praktik, dah
banyak lupa dah. Lagipun, ilmu ni luas. Tak peliklah tengok student medic study bahasa jepun
walaupun time tu belajar kat US.”
Syafiq buat muka seposen. “Kau tak payah eah
nak peril aku. Aku memang minat cerita jepun tu sejak kecik-kecik lagi tau.”
“Terasa ke? Kau ni memang penyokong setia Dasar Pandang ke
Timur tau. Bangga Tun Mahathir kalau dia tau. Kau tau tak semua cerita tu tipikal je.Kalau tak pasal khawin
kontrak, mesti pasal endless love.
Huh! Bosanlah.” Dalam satu nafas dia menutur.
“Eleh, okeylah tu, dari cerita melayu yang
sekarang ni entah apa-apa. Ada jugak moral value kat cerita tu!”
Azim tersengih. Nak menang juga budak ni.
Haaa.. ambiklah. Dia dah kenal sangat dengan perangai si Syafiq ni sejak dia orang sama-sama belajar kat US ni.
Apatah lagi mereka dalam bidang yang sama, perubatan.
Azim meletakkan pen dan terus memusingkan’
kerusi pusing’nya menghadap muka Syafiq. “Hermm.. okey, kau nak tau kenapa aku
nak study balik bahasa arab nih?”
“Apehal? Bagitaulah.” Syafiq tersengih.
Sambil jarinya menunjuk angka satu. “Firstly, betapa penatnya ustaz-ustazah
aku dulu mengajar. Takkan aku tak nak amalkan. Kan dah kira macam tak
menggenang budi dan bolehlah dikatakan macam pembaziran juga tu. Aku tak nak hilangkan ilmu yang aku dah belajar.”
Syafiq mengganguk perlahan.
Jarinya menunjuk keangka dua pula. “Second, kau taukan, Al-quran dan hadis tu semua dalam bahasa arab? Dan aku rasa budak
5 tahun pun tau yang bahasa arab tu bahasa syurga.”
Jeda.
“Lagi?” Syafiq menyoal.
“Laa.. nak penerangan lagi? Ni haa.. tau tak apa
penting dan istimewa bahasa arab ni?” Azim pula menyoal.
Syafiq menggeleng.
Azim angkat kening. “Kan aku dah cakap tadi, al-quran, hadis tu kan
semua dalam bahasa arab. Sebab apa Allah pilih bahasa arab?”
Teragak-agak. “Se..sebab bahasa arab tu
dipelihara, tak de sape boleh ciplak.” Kerana teruja Azim terus menampar bahu Syafiq
spontan. Akibatnya air horlicks dalam cawan ditangan kanan Syafiq hampir tertumpah.
“Rilex ah
bro..!” Syafiq buat muka tension.
“Hahaa.. sorry-sorry.
Pandai pun kau!” Azim gelak lagi. Lepas tu Azim pusingkan balik ‘kerusi
pusingnya ke depan. Nak sambung balik kerja yang tertangguh disebabkan persoalan si Syafiq ni. Kali ni dia nak cuba
buat karangan pula. Tangannya mencapai kamus melayu-arab untuk rujukan.
Dia tak nak hilang ilmu yang pernah dia belajar
tu. Biarlah dia macam budak yang baru nak belajar. Macam budak baru masuk
sekolah yang mula dari ziro. Dia rasa
tak perlu ada perasaan malu bila nak belajar. Sebab dia tau Allah akan tinggikan darjat
orang-orang yang berilmu ni.
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan
orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat. (al-Mujadalah:11)
Jadi, dia nak kejar darjat dari
Allah tu.
Syafiq pula termenung jauh bila
dengar penjelasan dari Azim. Huhh!! Betul juga tu. Walaupun dia tak berapa nak
faham dengan tulisan-tulisan Azim dekat kertas A4 tu tadi. Dia rasa teruja pula
nak belajar bahasa arab ni. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Azim tadi. 'Bahasa
arab bahasa syurga!’
Dan dia of course lah nak masuk syurga!
p/s: Ilmu itu luas, tak payah nak
menyempit-yempitkan. :D