welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Thursday 15 November 2012

VENT 2


“Minta maaflah, saya ni tak main cintan-cintun lama-lama. Kalau awak serius, jumpalah terus ayah dengan umi saya.” Mata masih memandang ke arah kasutnya.

“Hanan, kan kita tengah musyawarah sekarang ni. Masa nilah kita nak bincang, Hanan setuju tak, Hanif pula, sedia tidak?” Prof Khalidi menerangkan. Puan Ruqayah hanya tersenyum.

Hanan masih tidak berani menggangkat kepalanya. Rasa macam muka ni warna unggu. Malu sangat. “Hanan dah istikhara, alhamdulillah Allah dah bagi jawapan.”

“Apa jawapannya?” Puan Ruqayah tak sabar. Dalam hati dipanjatkan doa.

“Kan Hanan dah kata tadi, kalau serius jumpalah terus dekat ayah dengan umi Hanan!” Selamba.

Prof Khalidi dan Puan Ruqayah termasuklah Hanif bertahmid dalam hati. Tergelak mereka dengan kata-kata Hanan yang agak selamba tadi. Walaupun mukanya tidak diangkat sejak dari masuk bilik ni, tapi mulutnya laju je nak menjawab. Hanan.. Hanan..

Dalam hati, Hanif rasa macam nak pecah. Dia dah kenal sangat sifat selamba perempuan yang merangkap kawan sekelasnya sejak dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke universiti pun satu course. Ya Allah, memang dia tak sangka kawan perempuan yang dia selalu gaduh dulu tak kiralah dalam kelas dulu hinggalah dalam mesyuarat penggawas dan majlis kepimpinan pelajar. Dan sekarang dia  hampir menjadi permaisuri hatinya.

Hanif masih tersenyum. Lega. Akhirnya Hanan terima juga lamarannya. Mula-mula Hanif tak berapa yakin dengan kata hatinya. Mana tidaknya, diri Hanan dan dirinya nampak sangat ketara bezanya. Hanan lebih berketerampilan dalam kepimpinan, tegas. Dia pula lebih lemah-lembut.  Sebab itulah sejak disekolah menengah dulu mereka sering digandingkan dalam segala tanggungjawab perwakilan pelajar. Sampailah mereka diberi jawatan ketua dan penolong pengawas. 

Sebenarnya bukan tu je, ada banyak lagi. Contohnya, Hanan terre berdebat dan suka membaca. Hanif pula pendiam dan tak berapa suka membaca tapi pandai dalam lukisan. Tulisan Hanif cantik tau. Lagi kemas dari tulisan perempuan-perempuan yang cikgu selalu puji tu! 

Memang indahlah aturan Allah. Lelaki dan perempuan itu Allah cipta berlainan sifat dan perangai supaya mereka boleh saling lengkap-melengkapi satu sama lain. 

Masa mula-mula dulu, Hanif rasa ragu-ragu. Tapi tapi setelah mengadu pada Allah dan merujuk pada naqibnya iaitu Prof Khalidi. Dia akhirnya yakin, dia cintakan Hanan. Setelah merisik kahbar, akhirnya Hanan memberitahu mahu bermusyawarah. Hanan memang suka buat orang terkejut!

Hanan membetulkan kedudukan tudung labuhnya. Hatinya lega setelah memberikan jawapan. InsyaAllah dia pasti. Mestilah, sebab Allah yang menjadi tempat pertama dia bertanya dan mengadu setelah hampir 2 bulan setengah. Tiba-tiba bibirnya menguntum senyum. Matanya masih memandang kasut kulit hitamnya.

“Tapi dengan syarat!”

Ketiga-tiga kepala serentak memandang kearahnya.

“Sebelum bertunang, Hanan nak Hanif belikan Hanan 100 buku islamik. Tak kiralah novel ke buku motivasi atau apa-apa je.  Yang Hanan tahu, buku tu mesti islamik!” Tuturnya senafas.

Hanif melonggo. Kan dah kata tadi, Hanan suka buat orang terkejut!







VENT 1


“Buat apa tu Jim?”

Kepala yang khusuk menghadap kertas A4 diangkat sekejap memandang Syafiq. “Note.”

Syafiq terus menuju ke arah meja Azim. Tangannya pantas merampas kertas A4 yang terletak molek di atas meja Azim. Bulat matanya.

What? Lecture suruh kau buat note dalam tulisan jawi ke? In arabic?” Kerut didahinya bertambah beberapa lapis.

“Mana ada. Tu nota aku saje-saja.” Tangannya pantas merampas kembali kertas A4 ditangan Syafiq. Jarinya kembali menulis menyusun perkataan-perkataan arab dibarisan fi'il dan fa'il yang sesuai.

“Hermm.. aku taulah dulu kau sekolah menengah kebangsaan agama, belajar arab. Tapi sekarang dah kat U kot. Course kau pun medic kan? mana ada arab. Peliklah aku.” Syafiq terus melabuhkan punggungnya diatas katil Azim. Gelas yang menggandungi air horlicks ditangan kanannya dihirup perlahan.

“Memanglah, tapi dah lama aku tak praktik, dah banyak lupa dah. Lagipun, ilmu ni luas. Tak peliklah tengok student medic study bahasa jepun walaupun time tu belajar kat US.”

Syafiq buat muka seposen. “Kau tak payah eah nak peril aku. Aku memang minat cerita jepun tu sejak kecik-kecik lagi tau.”

“Terasa ke?  Kau ni memang penyokong setia Dasar Pandang ke Timur tau. Bangga Tun  Mahathir  kalau dia tau. Kau tau tak semua cerita tu tipikal je.Kalau tak pasal khawin kontrak, mesti pasal endless love. Huh! Bosanlah.” Dalam satu nafas dia menutur.

“Eleh, okeylah tu, dari cerita melayu yang sekarang ni entah apa-apa. Ada jugak moral value kat cerita tu!”

Azim tersengih. Nak menang juga budak ni. Haaa.. ambiklah. Dia dah kenal sangat dengan perangai si Syafiq ni sejak dia orang sama-sama belajar kat US ni. Apatah lagi mereka dalam bidang yang sama, perubatan.

Azim meletakkan pen dan terus memusingkan’ kerusi pusing’nya menghadap muka Syafiq. “Hermm.. okey, kau nak tau kenapa aku nak study balik bahasa arab nih?”

“Apehal? Bagitaulah.” Syafiq tersengih.

Sambil jarinya menunjuk angka satu. “Firstly, betapa penatnya ustaz-ustazah aku dulu mengajar. Takkan aku tak nak amalkan. Kan dah kira macam tak menggenang budi dan bolehlah dikatakan macam pembaziran juga tu. Aku tak nak hilangkan ilmu yang aku dah belajar.”

Syafiq mengganguk perlahan.

Jarinya menunjuk keangka dua pula. “Second, kau taukan, Al-quran dan  hadis  tu semua dalam bahasa arab? Dan aku rasa budak 5 tahun pun tau yang bahasa arab tu bahasa syurga.”

Jeda.

“Lagi?” Syafiq menyoal.

“Laa.. nak penerangan lagi? Ni haa.. tau tak apa penting dan istimewa bahasa arab ni?” Azim pula menyoal.

Syafiq menggeleng.

Azim angkat kening. “Kan aku dah cakap tadi, al-quran, hadis tu kan semua dalam bahasa arab. Sebab apa Allah pilih bahasa arab?” 

Teragak-agak. “Se..sebab bahasa arab tu dipelihara, tak de sape boleh ciplak.” Kerana teruja Azim terus menampar bahu Syafiq spontan. Akibatnya air horlicks dalam cawan ditangan kanan Syafiq hampir tertumpah.

Rilex ah bro..!” Syafiq buat muka tension.

“Hahaa.. sorry-sorry. Pandai pun kau!” Azim gelak lagi. Lepas tu Azim pusingkan balik ‘kerusi pusingnya ke depan. Nak sambung balik kerja yang tertangguh disebabkan  persoalan si Syafiq ni. Kali ni dia nak cuba buat karangan pula. Tangannya mencapai kamus melayu-arab untuk rujukan.

Dia tak nak hilang ilmu yang pernah dia belajar tu. Biarlah dia macam budak yang baru nak belajar. Macam budak baru masuk sekolah yang mula dari ziro. Dia rasa tak perlu ada perasaan malu bila nak belajar.  Sebab dia tau Allah akan tinggikan darjat orang-orang yang berilmu ni.

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat. (al-Mujadalah:11)

Jadi, dia nak kejar darjat dari Allah tu.

Syafiq pula termenung jauh bila dengar penjelasan dari Azim. Huhh!! Betul juga tu. Walaupun dia tak berapa nak faham dengan tulisan-tulisan Azim dekat kertas A4 tu tadi. Dia rasa teruja pula nak belajar bahasa arab ni. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Azim tadi. 'Bahasa arab bahasa syurga!’

Dan dia of course lah nak masuk syurga! 

 




p/s: Ilmu itu luas, tak payah nak menyempit-yempitkan. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)