welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Sunday 1 May 2011

Matahari & Bulan :)

<perkongsian dari kumpulan carpen matahari saudara Hilal Asraf.. http://langitillahi.com/>


Jom jadi MATAHARI...

Yang sentiasa menyinari cahayanya walaupun..
Ramai membenci kerana keterikannya..
Ramai merungut kerana bahangnya..
Ramai yang mencacinya kerana menghapus malam...


TETAPI....

Dia tidak pernah merajuk..
Tak merasa rendah diri...
Tak berputus asa dari..

MENYINARKAN CAHAYANYA...

Hebatnya ciptaan Allah ini!

Walaupun ada sesetengah orang ada mengatakan bahawa...

Matahari akan malap jika dilitupi awan..
Matahari akan hilang cahayanya jika datangnya malam..

KETAHUILAH...

Tanpa haba matahari, tidak akan adanya awan..
Tanpa cahaya matahari, tidak akan ada cahaya bulan..

MATAHARI ITU HANYA AKAN MALAP KETIKA KIAMAT JE!!!

             **************************************************************
Meh jadi BULAN...

Orang kata bulan ibarat manusia..
Yang hodoh kerana warnanya yang kelabu..
Yang badannya buruk dengan kawah yang merata...

TETAPI...

Manusia akan cantik bila...
Cahayanya memancar..
Menerangi kelamnya malam..
Iaitu hasil dari bantuan matahari...

              **************************************************************
APA MAKSUD POST ANA KALI NI??

Hehe.. pasti pembaca tertanya-tanya, ape mesej yg cuba disampaikan ni?
ish.. pening-pening,, meh sini ana terangkan...


Matahari itu adalah sumber tenaga kepada semua kehidupan..ana ibaratkannya seperti Islam..


Bulan pula ana ibaratkan seperti manusia.. yang secara hakikatnya buruk.. untuk kembali unggul dan cantik, bulan memerlukan cahaya matahari untuk bersinar..


Jadinya, dengan islam, manusia akan bersinar unggul.. seperti apabila kita menggambil  islam sebagai gaya hidup, membinanya dalam jiwa lalu memantulkan cahayanya dalam kehidupan, kita akan bercahaya dengan indah seperti indahnya cahaya bulan..

Justeru, kehodohan kita akan lenyap bila kita mampu untuk memancarkan cahaya islam itu sediri..

ISLAM THE WAY OF LIFE!!!!!
                            
                                    ******SALAM UKHWAH******

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)