welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Wednesday 23 January 2013

VENT 4


“Mana Inas?”

Kakinya menapak ke arah meja makan lalu terus menarik kerusi dan duduk. “Dalam bilik tengah tidur, dia penat sangat tu.”

“Apa masalah dia Khaulah?” Tangan kanannya pantas manyuap honey star manakala tangan kirinya memegang nota econs.

“Dia stress sangat tadi, dia kata ada orang perli dia kat publick pasal tudung.”

Tangan yang nak menyuap lagi honey star dalam mulut pantas terhenti.  “What? Sapa punya mulut yang tak ada insurans tu? Ni yang nak keluar bunga silat ni!” Matanya membulat.

Khaulah tersengih, dia tidak menjawab. Dia tak heran langsung dengan reakrasi sahabat baiknya itu sejak dari matrik lagi. Si Wildan ni amat pantang bila ada orang usik kawan dia. Apatah lagi keluarganya. Marah sungguh dia. Dia ingat lagi 3 tahun lepas bila bercuti di kampung Wildan. Adik bongsu Wildan yang bernama Hanan pernah ditolak secara tidak sengaja oleh kawannya sampai luka di buku lali. Natijahnya, satu jam lebih-lebih kawan si Hanan tu kena ceramah free. Sadis!

Sebenarnya dalam hati, Khaulah rasa amat kesal dengan peristiwa yang  terjadi. Khaulah tahu, hati Syafinas ni lembut, dia sebenarnya boleh je terima bila orang lain tegur, tapi kenalah berhikmah. Hati siapa yang tidak terguris dan hendak menerima nasihat apabila ditegur dengan tengkingan serta cercaan?

Buktinya adalah bagaimana terjadinya sejarah pesahabatan baik antara dia dan Wildan dengan Syafinas dua tahun yang lalu. Waktu mereka sama-sama masuk UKM dulu. Masa tu Khaulah dan Syafinas satu bilik di pangsarama 6A  dari semester satu lagi. Syafinas yang waktu itu tidak mempunyai kawan baik telah mula cuba berkawan dengan teman sebiliknya Khaulah. Dan memang sifat semula jadi Khaulah yang ramah dan mudah bergaul itu yang telah menjadikan mereka berkawan baik, sampai sekarang.

Syafinas walaupun tidak bertudung, tapi solatnya sentiasa terjaga. Walaupun kadang-kadang nak dekat akhir-akhir waktu. Tapi alhamdulillah, itu tanda Allah masih sayang dia. Khaulah dan Wildan pernah ajak-ajak juga dia bertudung. Tapi Syafinas kata dia tak sedia lagi. Khaulah ingat lagi malam tu bila Syafinas bagi alasan kenapa dia tak nak berhijab ni. Dia kata dia minat rock, lagi-lagi Amy Search. Nanti tak rocklah kalau dia dah pakai tudung.

Khaulah hanya mampu tersenyum je. Dia tahu, tu cuma alasan. Memang sebenarnya si Syafinas ni tidak bersedia lagi nak bertudung. Dan peristiwa hari itu memang jadi kejutan buat dia. Sebab dia ada cara dia sendiri untuk tegur Syafinas.Benda yang dia hendak jaga dulu adalah solat kawan-kawan dia ni. Lagi-lagi solat berjemaah. Sebab dulu walid pernah pesan kat dia...

“Walid tahu walid sibuk. Anak-anak walid ramai. Dan walid tak boleh nak buat spot check satu-satu apa yang anak-anak walid buat. Tapi.. ada satu yang walid betul-betul jaga, solat. Sebab walid tahu, elok solat anak-anak walid,  maka eloklah juga perangai anak-anak walid ni..”

Dan memang betul, kesedaran itu lahir dari kesempurnaan solat tersebut.

...dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (Al-Ankabut: 45)


So, selama ini dia sanggup bila jadi imam setiap kali solat berjemaah sebab dia nak harapkan perubahan dalam diri kawan-kawan dia. Terutama Syafinas. Baru-baru ni je dia start buat tazkirah lepas maghrib, itu pun beberapa kali sahaja dalam seminggu. Untuk next step, memanglah nampak lambat. Tapi dia yakin, bila dia sabar insyaAllah, Allah akan bantu dia.

 

Selain itu dia sedar, dalam berdakwah itu ada seninya. Macam Allah kata..

“Dan berikanlah pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka” (An-Nisa:63)

Dan tanpa dia sedar, terpacul ayat ni dari mulutnya perlahan. “Ya Allah, tolong berikanlah hidayah pada sahabat baik yang dia sayang sangat ni!”

Wildan yang baru hendak ke singki untuk membasuh mangkuk honey starnya, terduduk balik bila terdengar doa itu. Sempat lagi dia kata dalam hati. “Ameen..”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)