welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Friday 30 December 2011

Tahun 2012 menjelma.. jadi, semangat!!

Salam, and all good greetings upon you ;)

okey, soalan tipikal, adik2 dah sedia nak pi sekolah? dan, apa azam baru??



Kini, semua orang (adik-adik je sebenarnya) dalam mode kembali ke sekolah.. Rasa sikit lain macam  pulak tahun ni, sebabnya bila tengok cik adik tiga orang tu pi shopping beli persiapan sekolah, tapi diri ni duduk diam2 je kat rumah.. huhu.. saya dah habis sekolah :p

Dah nak mula dah rasa sunyi kat rumah ni.. x lama lagi ain dengan sarah dah balik hostel, tinggallah kami tiga beradik kat rumah.. tu pun kejap lagi abang dah nak balik pj..  Dan setelah itu, tugas saya sabagai driver kimi akan bermula..

Sekarang dah nak masuk tahun 2012  pun dah! umur pula semakin bertambah, takkan darjah amal biasa2 je kan?? Moga kita semua bertambah hebat dari dulu-dulu ye.. :)
Okey, tetibee teringat ayat ni..         

Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan bagimu jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)  <Surah Ath-Thalaaq: 2-3>

Fatin kuat.. kuat.. semangat, yosh!!

Sebenarnya, saya amat risau dan gelisah sekarang ni.. Apa yang amat saya risaukan berkaitan tahun 2012 adalah mengenai keputusan STAM!! wargh!! rasa takut meyelubungi  sebab tahun ni penandaannya terlalu shadid sangat.. Tapi bila ingat-ingatkan balik, saya dah usaha, kini hanya mampu bertawakal aje lah moga Allah permudahkan segalanya.. Ameen..

Tapi rasa takut tu beransur sedikit demi sedikit bila saya terbaca satu artikel yang bertajuk Sepahit Peria ni..
Alhamdulillah.. Dan sebenarnya saya jadi kembali bersemangat bila terbaca ayat cinta ni lepas maghrib tadi sebenarnya..

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah amal (seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi dari sisi-Nya pahala yang amat besar.. (Surah An Nisaa:40)

Allah hanya memberi jalan kepada hamba-hamba-Nya yang mempunyai tujuan.. InsyaAllah, kita letakkan tujuan nak berjaya dalam STAM nanti untuk nak dapat sijil dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi untuk menyebar luaskan agam islam ini.. <kata-kata Ustaz Arif sebelum exam>

Moga kita jadikan setiap tujuan itu semata-mata kerana Allah. Insya-Allah..

yeah!! put trust in Allah..

Wahai sahabat-sahabat sekalian, doakan supaya saya tidak pernah lupa untuk mendoakan saudara-saudara saya supaya sentiasa kuat, dan tidak mudah putus asa  untuk hari-hari yang mendatang nanti!!  May Allah Bless us^^

SEKIAN:
SalAM ukHWah..

Monday 19 December 2011

Always think positive ~_^

Bismillah..

Salam c:

Meh,, kali ni kita bercerita pasal tokoh pulak, beliau ialah Hassan al-Basri, atau nama sebenarnya Abu Sa'id  Al Hassan Bin Yasar.. alaa, sapa x kenal dengan tokoh tasaawuf ni kan?

Saya terbaca kisah beliau ni kat google.. serius, baru tau kisah ni.. jadi saya share sebab nak menyahut seruan 'sharing is carring' ceewah.. hoho, semuanya insyaAllah of course lillahi ta'ala.. *moga ianya bermanfaat {:

Okey, sebelum tu jom hayati dulu ayat mukjizat ni.. yosh!!

"Orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat kami), mereka meyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, dan mereka tidak menyombongkan diri.. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.." 
(As-Sajdah ayat 15-16.)

Alkisah, pada suatu hari,  ditepi sungai Dajlah  terjadi suatu peristiwa yang sangat membekas pada diri Hassan Al-Basri.. Beliau melihat seorang pemuda duduk berduaan dengan seorang wanita dan di samping mereka terletak sebotol arak. Hassan pun berkata, "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau ia seperti aku!" tiba-tiba beliau melihat ada sebuah perahu di tengah sungai perlahan-lahan tenggelam. lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir mati kelemasan itu.. 

Dan dia pun berhasil menyelamatkan enam dari tujuh penumpang perahu tersebut, kemudian ia berpaling ke arah Hassan Al-Basri seraya berkata,"Jika engkau memang lebih mulia dari saya, maka Dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat sayat tolong. Engkau hanya diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang." Namun sayang, Hassan Al Basri tidak berhasil menyelamatkan yang seorang itu. 

Tidak lama selepas itu, lelaki itu berkata kepadanya, "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanyalah berisi air biasa, bukan arak.ini hanya untuk menguji tuan". 

Hassan Al-Basri terpegun, lalu ia berkata,"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah pula saya dari tenggelam ke dalam kebanggaan dan kesombongan." 

Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan." semenjak hari itu, Hassan Al-Basri selalu merendahkan diri bahkan dia menganggap dirinya sebagai makhluk yang paling hina.

Heee.. even sedikit pelik cerita ini (bagi sayalah) tapi banyak pengajaran dari kisah ini yg boleh dibuat teladan.. 
Antaranya adalah:


YANG PERTAMA..


Jangan mudah nak bersangka-sangka macam cerita kat atas, Hassan al-Basri telah bersangka buruk dengan lelaki yang duduk berdua-duaan dengan ibunya,,  atau dalam erti kata lain macam yang Nabi Muhammad S.A.W katakan iaitu 'ghibah..' 

Rasulullah S.A.W pernah menjelaskan erti ghibah tatkala ditanya oleh seorang sahabat, 


"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).


Saya masih ingat lagi tafsiran quran surah al-Hujuraat ayat 12 yang termasuk dalam silibus STAM tentang larangan bersangka-sangka.. jom hayatinya :)


"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".





YANG KEDUA..


Janganlah cepat rasakan diri kita ni bagus sangat.. sebagai contoh, bila kita melihat orang buat maksiat, kita rasakan orang tu jahat sangat dan kita perasan baik pula time tu.. tapi cubalah kita muhasabah kembali diri kita tatkala itu.. "Owwh, orang tu tak tutup aurat mungkin sebab dia tak tau kot.. aku ni, dah tau tapi buat juga.."  


Lepastu janganlah kalau nampak orang kafir terus berkata "alaa.. dia ni comform masuk neraka!!" tapi katakanlah dalam diri, "dia ni mana tau mati nanti dalam islam, aku ni tak tau lagi mati dalam apa.."


Yahya bin Mu'aadz Arrazi ada berkata:
Jadikanlah bahagian orang mukmin daripadamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik:


1) Jika engkau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikan (merosaknya)
2) Jika engkau tidak dapat menyenangkannya, maka jangan menyusahkannya
3) Jika engkau tidak memujinya, maka jangan mencelanya




Tertanya-tanya dalam diri.. "siapalah aku disisiMu Ya Allah"


Moga selepas ini kita dapat sentiasa bersangka baik-baik belaka.. moga semuanya Allah redha ^^ Ameen...

SEKIAN
SaLAm ukHwAh c:

Thursday 15 December 2011

Owh,, sila jangan kata begitu!!

Bismillah and greetings for all!!

Kali ini saya nak share satu cerita (sharing is carring kan?)
hoho.. ini berkenaan cerita endon yang saya 'tertengok' kat tv hijrah bertajuk para pencari tuhan.. sememangnya saya bukanlah peminat cerita-cerita endon nih, tapi macam mana entah dapat adik yang minat sangat bendaalah tu.. huhu,, tapi okey apa, berisilah juga!!

okey, sebelum kita bercerita, cuba hayati ayat quran ni..

"Hai oarang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki bagimu amal-amalmu dan mengampunimu bagi dosa-dosamu.. Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasulnya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (surah al-ahzab : 70-71)

ceritanya begini..

ada 3 orang lelaki sedang berlakon berdoa kat depan rumah... lalu bermulalah dialog selepas director memberikan arahan..

(cerita ni saya tulis dalam b.m sebab tak terre dalam b.endon ni)

lelaki 1 : Ya Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang..
director : cut.. cut.. cut.. salah!! dalam ni tulis ya 'tuhan' yang maha pemurah, maha penyayang..

disebabkan tak puas hati, lelaki 1 memanggil setiausahanya.. setelah berbincang setiausahanya pun berkata..

setiausaha : director, dia ni tak nak sebut tuhan, tapi Allah..
director : ala,, ikut je lah dalam skrip tu..
Lelaki 1 : mana boleh!! kalau tuhan tu boleh jadi macam-macam,, tuhan tu boleh jadi banyak.. gunung, batu, patung, pokok, orang, semua boleh jadi tuhan... (beliau berkata dengan penuh keemosian)
lelaki 2 : tetapi Allah semestinya tuhan.. (menyampuk)
director : alaa,, itu kan lakonan je, bukan nya betul pun!
lelaki 1 : itulah masalahnya.. masalahnya adalah saya pelakonnya!!
lelaki 3 : (buat gaya ingat2 pada director)
director : (keberangan) aahhh.. ikut sukalah! okey semua sedia,, bismillah! (salah sebut action)

okey, sapa tak paham sila senyum ^^

huhu.. inilah yang sering berlaku dalam kalangan kita-kita ni.. kadang2 tak ambil berat langsung benda yang kita rasa remeh-temeh ni macam dialog kat atas.. ucapan mabrok kepada siapa yang buat cerita 'para pencari tuhan' itu :)

kadang-kadang saya juga begitu, x ambil berat langsung dalam bab berkata-kata ni walaupun tau bahawa kata2 tu satu doa!! bila fikir2 balik, penting tau berfikir dulu sebelum berkata-kata..


ohh ya,, siapa yang pernah tengok cerita 'cuak' kat astro ceria? kalau nak tau, saya sedikit emo bila menonton cerita ni dalam tajuk 'doktor dua alam'.. ada dialog dia macam ni.. mak joyah berkata " yee.. doktor dua alam yang sembuhkan!"

Saya rasa inilah contoh orang yang tak berfikir sebelum bercakap.. ermm.. saya pun tak tau nak ulas macam mana bab ni.. tapi kalau ingat-ingatkan balik bab mempersendakan agama dalam subjek PQS silibus SPM tu termasuk tak?

Saya teringat satu post yang bertajuk 'lisan punca neraka' yang ditulis oleh sahabat saya shiro.. ucapan terima kasih bayak.. banyak.. banyak.. kapada beliau diatas info yang sangat bermanfaat ini..
okey, ni saya salin balik..

'lisan merupakan anggota yang amat berbisa.. mampu membunuh lawan tanpa mencederakan anggotanya.. memang senjata yang hebat, walaupun ianya tidak bertulang, malah tidaklah sekeras shot gun, pump gun, rocket launch, flamethrower, mayerick cabin atau revolver.. tapi senjatanya lebih dasyat dari senjata moden itu, senjatanya mampu menembusi hati dan meranapkannya sekelip mata.. dasyat!!"

Jadi, berjaga-jagalah dengan bahaya lisan ni.. jangan sampai kerananya selangkah lagi nak masuk syurga terus jatuh ke dalam neraka (nauzubillahi min zalik)

Akhirnya, saya ingin akhiri post kali ini dengan satu hadis..

Sabda Rasulullah S.A.W : Iman seseorang hamba tidak akan lurus dan hatinya tidak akan lurus sebelum lidahnya lurus." (H.R Ahmad)

kan ada pantun,
terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya..

Selepas ini moga kita sama-sama dapat berfikir dulu sebelum berkata-kata untuk meraih redha Allah,, insyaAllah..

p/s : saya x tau kenapa sejak akhir-akhir ni asyik nak kritik bendaalah dalam tv :(
     : tv hijrah best!! hehe..

Sekian
Salam Ukhwah

Tuesday 29 November 2011

The Making of Kem Pen Merah Pen Jingga, Kita Soleh Allah Cinta..






Bismillah..
Assalamualaikum and greeting for all~

Alhamdulillah,, Allah bagi lagi lagi kesempatan untuk menaip..
hoho.. ini sekadar perkongsian,, salama seminggu bersama teman2 seperjuangan menjayakan misi kem pen merah pen jingga, kita soleh Allah cinta,, iaitu dari 22-26 november.. alhamdulillah..

Syukur yang bersangatan kepada Allah, yang mengizinkan kem ini terlaksana dengan 89% kejayaan  (bagi sayalah)  alhamdulillah..

Memang x dijangka, perancangan awal kem ini x nak terlibat dengan mana2 pertubuhan @ ngo (even saya sendiri pembina juga) tiba2 ditakdirkan berkerjasama dengan ikhwah2 pembina batu pahat.. alhamdulillah,, sememangnya Allah bantu.


Mula berlakunya pembikinan kem ini adalah bila saya balik dari kem i'dad duat kat kedah.. sebelum balik, mak chu yang merupakan ajk kem tersebut dan bekerjaya sebagai doktor di kedah berpesan, "jika ada kesempatan, cuba cipta usrah dangan sahabat2 yang bukan dari kalangan kita ini.. atau, bila balik kampung nanti,, ajaklah anak2 jiran duduk dalam satu halaqoh dan wujudkan sifat untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain".

Dan yang paling mengharukan ialah sebelum saya melangkah masuk ke dalam bas untuk pulang ke johor, mak chu sempat peluk saya dan sahabat2 yang lain dan membisikkan kata-kata "nanti balik,usaha jadi duat ye.."

Alhamdulillah (again and again and again).. permintaan mak chu yg pertama saya dah jalankan di MJ,, tapi setakat 2/3 kali ajalah.. sebabnya bila dah mula rasa sibuk dengan exam syafawi dan tahriri yang semakin hampir, dengan exam muet dan usrahnya lagi, and other,, semua itu kadang2 perlukan masa tambahan.. memanglah sebagai daie x de alasan untuk itu,, tapi sebagai manusia yang lebih2 lagi seperti saya lemah dalam pengurusan masanya, memang  banyak benda2 tergendala..

InsyaAllah.. untuk masa yang akan datang, saya akan usaha untuk mengatur masa dengan lebih fleksibel dan berusaha untuk menjadi lebih hebat dari dulu-dulu (azam tahun baru nih) amin..

Yang bertudung biru itu, mak chu :)
okey, itu yang pertama.. ^_^

permintaan mak chu yang kedua memang saya x pernah tunaikan,, (careless) dan saya dah mula lupakan amanat2 itu,, dan mungkin Allah nak ingatkan balik, suatu hari saya ke cc (sebab x de internet kat rumah) bertujuan untuk menyiapkan kerja krusus balaghah,, dan amat mengejutkan (bukan mengujakan) suasana di cc tersebut, penuh dengan kanak2 sekolah rendah (siap pakai baju sukan sekolah lagi)..

Dan perasaan bersalah itu datang menimpa-nimpa bila saya pulang ke rumah.. and I remember back,, ingatkan balik bahawa diri ini sejak kecik lagi telah dididik dengan suasana usrah, datang kem2 bermanfaat dan sebagainya,, kenapa x cuba untuk memberi pengisian kepada adik2 yang x pernah merasainya..

Dan bila balik semula ke MJ,, saya mula membuat perancangan bersama A'ezzah (kawan yang turut serta dalam i'dad duat) dan alhamdulillah,, ramai yang mahu membantu..

Bila cadangan ini disuakan kepada inche ayah, beliau telah mencadangkan untuk mengajak ikhwah2 pembina batu pahat.. (walaupun ada sedikit tentangan disitu) dan itulah yang berlaku.. =)

Ucapan jazakumullahhu khairan kathiran buat sahabat2 yang menjayakan misi kem ini.. dan terima kasih juga kepada ikhwah2 pembina batu pahat kerana sudi membantu x kiralah dalam bentuk duit, masa, ilham dan sebagainya.. semoga Allah sentiasa merahmati.. Amin.. :)





Dan sedikit perkongsian sewaktu kem dijalankan.. =)


Slot pertama telah dibentangkan oleh Ustaz Safizan tentang kepentingan solat.. seronok time nie sebab ustaz suka bercerita dan bagi hadiah.. tengok tuh, ada budak angkat2 tangan nak jawab soalan.. huhu..


                         

Slot ke 2 saya dan kak mira membentangkan isu berkenaan keindahan dalam hubungan keluarga dan sahabat.. kali pertama bercakap kat khalayak ramai.. (even kanak2 je) sungguh, rasa terketar-ketar.. sebabnya x pernah ada pengalaman pun.. kalau nak tau, saya bukanlah oarang yg reti nak berdiri di depan serta menyusun kata2.. (walaupun di kalangan kawan2 sendiri) banyak kelemahan diri yang dapat dikesan waktu ini, aisey!! fatin.. fatin.. wake up!! 


Seterusnya, slot ke 3, tentang pengurusan masa yang betul oleh cikgu ismail ali, (dan slot kali ini amat terkesan dalam diri) best sangat! even dah banyak kali dengar ceramah dari cikgu mail ni,, tapi x pernah rasa bosan sebabnya cikgu mail pandai main permainan minda.. dan saya (ramai lagi sebenarnya) banyak terkena.. hoho.. 

Selain itu,, cikgu mail kata nama kem ini unik, (ye ke) beliau juga kata akan ingat nama kem ni sampai mati.. hee.. apa2 je~ hoho.. dari mula kem ini sampailah ucapan pengarah program masa malam penutup,, asyik salah sebut je.. bila fikir2 balik,, rumit sangat ke nama ni? aisey,, x pe, nanti kita fikirkan yang mudah2 ye.. hohoho.. ^_^


Okey, ni gambar group saya.. (nama apa entah, asyik tukar2 je) seronok dengan beliau nih.. cerdik2 semua.. dan saya sedar, mereka semua perlukan pengisian,, alhamdulillah.. Allah izin kan dalam pertemuaan kali ini.. huhu,, datang2 lah umah kakak ye =)

Sekian.. gambar ni je yg mampu letak, nak yg lain pi geledah fb, gerenti jumpa! :)

Overall, saya bukan orang yang hebat yang mampu sempurna dalam setiap tugasan.. Saya tak terre dalam buat2 ayat 'berisi' dalam berkata-kata, facebook, twitter (tu pun kosong lagi), blog ect, macam saya kata kat post sebelum ini (kata2 bukan sekadar storyline).. tapi saya akan cuba yang terbaik,, insyaAllah..

Finally, pembikinan kem ini bukan kerana mak chu semata atau apa2 pun.. tapi atas kesedara bahawa ramai yang diluar sana memerlukan pengisian dalam diri dan semuanya of course kerana Allah (insyaAllah)

Serta saya menyusun jari memohon maaf bagi segala kekurangan dalam pembikinan kem tersebut.. dan sekali lagi ucapan jazakallahhu khairan kathira buat sahabat2 yang banyak membantu..

Moga kita sama2 dapat memajukan diri dalam jalan dakwah ini.. insyaAllah.. ^_^


SEkIaN
saLaM uKHwaH...

Sunday 27 November 2011

Have a white and blessed new year 1433 hijri..

Bismillah...

Assalamualaikum..

Dan untuk yang kesekian kalinya...
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Kalimah syukur yang tak pernah cukup untuk melafazkan kapada sang pencipta yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. 
Kini Allah masih panjangkan umur saya dan kamu semua.. masih izinkan lagi kita sama-sama menghirup oksigen di buminya pada tahun baru ini.. 1433 hijrah..



Teringat pula hadis nabi dari ustaz-yang-x-ingat-nama-dia tu kat artikel mana entah,, (masalah pelupa yg serius) lebih kurang macam ni lah..

"Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah oleh Allah untuk melakukannya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

betullah tu kan.. Orang yang betul2 berhijrah adalah orang yang meniggalkan segala larangan Allah..  Kalau nak tau, hadis ni kali pertama saya baca,, sbb selama ni saya tak pernah dengar lagi hadis ni.. huhu,, dan hadis ni tepat menusuk kat hati, debush!! tepat kena tembak kat dahi..

Bagi saya, tahap pertama hijrah ini adalah meniggalkan dosa dan menjauhkan diri daripada perkara yang diragui.. Secara kenyataannya , orang yang sering kali mengikut hawa nafsu x akan mampu membawa agama ini.. sebab secara maklumnya, meniggalkan dosa itu letaknya lebih tinggi dan tahapnya lebih sukar daripada melakukan kebaikan..

Sebagai contoh, kalaulah kita sebelum ni termasuk dalam kalangan orang2 yang meniggalkan solat2 wajib 5 kali sahari semalam,, cuba kita berhijrah menunaikan solat wajib 5 waktu itu tepat pada waktunya dan lebih baik lagi berjemaah di masjid atau surau...

Dan untuk saudara2 muslimah saya, daripada tidak bertudung berhijrah kepada bertudung,, menutup aurat dengan sebaiknya,, bak kata kawan2 usrah saya, 'menutup aurat bukan membungkus aurat'..

InsyaAllah,, inilah hijrah yang sebenar.. dan mungkin ada diantara kita yang mengatakan "tak boleh!! aku tak mampu nak lakukan semua perubahan ni ,, semuanya dah jadi darah daging, dan x mungkin aku nak tinggalkan semuanya.. Sakit!! x mungkin semua jahiliah ini boleh ditinggalkan sekelip mata!.. ianya x mudah!"..

Okey, sekarang cuba kita hayati apa itu hijrah.. pernah ke diantara kita mendengar atau terdetik di hati perkataan 'senang' bila disebut perihal hijrah ni? cuba tengok, muhajirin terpaksa meniggalkan tanah tumpah darah mereka,, tinggalkan rumah2 serta punca pencarian,, harta mereka dan lain2 lagi semata-mata mahu berhijrah dari Makkah ke Madinah.. mereka semua berkorban segalanya semata-mata hanya mencari reda Allah dan menuruti Nabi Muhammad S.A.W berhijrah..

Ketika itu, mereka semua hanya sehelai-sepinggang,, susah dan menyakitkan bukan? sampaikan ada diantara mereka yang jatuh sakit kerana amat2 rindukan kampung halaman mereka..

Dan untuk golongan Ansar pula, adakah anda fikir mudah untuk mereka? mereka semua pula perlu berkongsi tanah dan rumah mereka dengan pendatang asing.. Bahkan pemimpin mereka ditanah air sendiri daripada golongan 'asing'..  Semua itu x mudah! dan semua itu hanya boleh dilakukan dengan iman sepenuh hati pada Allah.. itulah tunjang utama dalam berhijrah ni..

Sekarang,, saya masih tertanya-tanya, bagaimana pula iman di hati ini?
hanya pada Allah tempat berserah..

Oh ye, lupa pulak,, kanapa tajuk post kali ni 'Have a white and blessed new year 1433 hijri?
Sebab,, saya harap.. tahun baru kali ini (dan tahun2 seterusnya)  buat diri saya dan kamu semua seperti tahun baharu yang putih bersih.. Putih seperti salju yang dingin.. beserta dengan hati yang suci bersih umpama bayi yang baru dilahirkan ke dunia.. insyaAllah..

Finally, semoga kita sama2 dapat menghayati erti hijrah yang sebenar,, dan dapat merubah diri menjadi lebih hebat dari dulu-dulu  ^_^


Sekian..
~Salam ukhwah~

Wednesday 23 November 2011

Cerita dalam kesibukan ^_^

Assalamualaikum and blessing for all ^_^

Sedikit sibuk sekarang ni, lama x update, okay! but now alhamdulillah I'm writing now and before this, and insyaAllah as long as Allah allows me to do so.. insyaAllah I'm writing something even though I left my blog silently.. (mati itu pasti!)

Sekarang saya (teruja  nak guna ganti diri pertama ^_^)  rasa sibuk gitu.. (yer jek) tapi insyaAllah saya tak mengeluh.. dan saya amat2 bersyukur bila saya rasa Allah sibukkan saya. So, that I don't spend my free time doing useless things.. perasan tak, benda paling x best bila kita sibuk? perkataan tu  x pernah blh dijadikan alasan untuk taknak melaksanakan tanggungjawab!!

Satu tanggungjawab atau dalam erti kata lain satu beban.. as anak, pelajar, hamba, adik, kakak, isteri ( owh.. not yet) ibu, nenek.. ( apakah?) segalanya takkan pernah hilang walaupun sesibuk mana pun kita..


Moga kita sama2 dapat amanah dalam tanggungjawab ini.. insyaAllah..

Nak cerita sikit kisah sibuk ni..

Dalam minggu ni macam2 aktiviti yang saya  dan kawan2 lakukan,, means kem pen merah pen jingga kita soleh Allah cinta.. x tau kenapa pilih tajuk tu, tapi comel apa!!


Secara jujurnya, saya amat puas hati dpt melaksanakan kem ni.. Alhamdulillah.. semunya of course kerana Allah (insyaAllah) dan dapat melaksanakan amanah dari mak chu iaitu seorang doktor yang amat disenangi dan sempoi yang saya kenal sewaktu kem idad du'at dulu,.. Mak chu kata, buatlah satu kerja macam nilah, x kiralah nak buat antara keluarga atau rakan2.

Dan bila fikir2 balik dan bincang dengan kawan2, ianya mendapat sambutan yang hangat..Walaupun masa meeting byk blur2, tapi Allah tetap bantu.. sekarang tinggal nak cukupkan peserta dan 24/11 nanti ada pembentangan kerja yang terakhir.. harap2nya clear semua.. amee~



Di sini ada sedikit maklumat.. silalah hayatinya,, ^_^


KEM PEN MERAH 
 PEN JINGGA
KITA SOLEH ALLAH CINTA....

TEMPAT : SURAU AL-KHALIDI PARIT RAJA, DAN TAPAK PERMAINAN TAMAN                             BINTANG.

TARIKH : 26 NOVEMBER 2011 (SABTU).

MASA : 7.30 PAGI - 10 MALAM.

BAYARAN : RM 10.00

PESERTA : UMUR 7-16 TAHUN.

BARANG YANG PERLU DIBAWA : SEPERSALINAN BAJU, BERUS GIGI, BUKU NOTA, ALAT  TULIS.

SEBARANG PENYERTAAN DAN PERTANYAAN HUBUNGI : 

MD BAHRUDIN HJ OMAR (0197787556)
SYAZWAN RAZALI (013-9919654)  

sekiranya sayang kredit,  bagi je maklumat di sini @ fb..             




Sebenarnya pemplet dah siap, tapi x tau cara nak masukkan.. sedih2 =( .. 
Okey, doakan moga2 fatin nabillah ni terus tabah dalam memikul amanah2 yang x terkira banyaknya dalam hidup.. 
Dan saya pun doakan kamu juga begitu.. Ameen~

Sekian..
Salam Ukhwah.. :)

Monday 7 November 2011

Kata2 bukan sekadar storyline..

Bismillah.. dan Assalamualaikum...


Saya baru terbaca artikel DR. H. Achmad Satori Ismail, MA yang menceritakan erti tanggungjawab.. 


Dia ada cerita pasal kisah Saidina Umar sewaktu pemerintahan beliau.. Saidina Umar r.a amatlah memandang berat soal tanggungjawab lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin ni, sehingga mengatakan : "seandainya seekor keldai tersesat di Kota Baghdad, nescaya Umar akan diminta dipertanggungjawabkannya, seraya ditanya: mengapa tidak diratakan jalan untuknya?".


Tabik @ greetings pada beliau!!


Dalam surah ashshoffat ayat 22-24 ada menyebut tentang tanggungjawab yang bermaksud...


 "(kepada para malaikat diperintahkan) kumpulkanlah orang-orang yang zalim, beserta teman sejawat mereka dan sembah-sembahan yang selalu mereka sembah, selain Allah. maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka. dan tahanlah mereka ditempat perhentian kerana mereka sesungguhnya mereka akan ditanya (diminta pertanggungjawabkan)".




 And now I feel, responsibility is very heavy!


no only action or deed, but all words x kiralah yang kita tulis ke, cakap ke atau apa2 pun.. ianya tetap menjadi TANGGUNGJAWAB buat kita.. Subhanaallah..




It’s just the feeling of  ‘its a big responsibility’. Personally, this feeling often comes and accompanies me all through my life and whatever I’m doing. If it was for glamorization, I would prefer you join modelling (nauzubillahi min zalik). If it was for money, you better run a business. If it was for awards or Nobel Prize, I would prefer you do something else.


Satu tanggungjawab. Dalam kata lain, satu beban. Bila kita betul-betul faham ‘mengapa kamu berkata tentang apa yang tidak kamu lakukan’. So you think it’s easy? Plot a storyline. Mula, klimaks, penutup. That’s all? NO. It’s more than anything else bila kita tahu dan faham bahawa semua benda, huruf, perkataan dan perbuatan kita will be displayed in front of us. Soon in the akhirat. Dan sebab saya bukan orang yang baik lagi sempurna, jadi saya tak boleh dan tak mampu menulis seperti orang yang sangat sempurna.


okey, cuba hayati ayat ini..


"wahai oarang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan tentang apa yang kamu tidak lakukannya. Amat besar kebencian Allah, tentang kamu melakukan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.." (surah AS-SAFF : 2-3)




Sebagai contoh, bila kita nampak cik adik kecik kita keluar rumah x pakai tudung, mesti kita cakap," adik aurat tu.. pi pakai tudung".
tapi, bila satu masa kita pula buat macam tu.. x tutup aurat, pasti cik adik kecik tu pandang serong pada kita..


Memanglah tugas si pendengar tu, just listening bukan lihat pada orangnya, tapi.. macam mana pandangan Allah pada kita nanti?


So. Whatever you do, talk, say, think wise. Wisely. In blog, live, in Facebook, Twitter etc. Mungkin 10 tahun akan datang kita lupa. Tapi Allah tu tak pernah lupa.


Rasa takut pula bila fikir tentang ni..
Moga kita sama-sama dapat pegang tanggungjawab ni.. insyaAllah.. huuu.. (banyak betul perkataan tanggungjawab nih..)


p/s: untuk peringatan buat diri yang selalu lupa ini juga.. 


Sekian.. salam ukhwah :D

Tuesday 1 November 2011

Hadiah buat teman :D


Bismillah... Assalamualaikum sekalian :)

Alhamdulillah dapat menaip lagi, dapat hirup oksigen yang Allah beri, dapat lagi segala nikmat yang tidak ternilai harganya.. nikmat iman, islam, kemudahan, ketenangan dan lain-lain lagi..


Thank you Allah.. :)

Dah lama jiddan x buka blog ni.. hee.. rindu.. rindu..
Dan sekarang ana di zon C.U.T.I.. (Cinta Untuk Terus Istiqamah)
Dan dah  2 hari ana jadi driver kimi.. hantar dan ambik ke sekolah.. aisey, sedikit leceh..
Astaghfirullah hal azim... asyik mengeluh je fatin ni.. hiss..

O.k, dari situ ana dapat lihat pelbagai perangai budak2 sekolah rendah ni..
hee.. terkenag kembali zaman muda-mudi dulu.. :)

Ada yang main lari-lari turun jejentas dengan kawan2 beliau.. (ana selalu buat benda ni dulu)
Ada yang berebut nak beli ais-cream malaysia kat kedai kek depan sekolah.. (lupa bawak duit, x dpt nk beli)
Ada yang cepat2 kejar motor bapak dia lepastu cabut tudung dan skaf.. (haha.. time ni ana nak gelak!)
Ada yang salam kawan2 beliau sebelum berpisah.. (ni memang ana tabik!)
Ada yang merempit bagi penunggang2 basikal.. (erm.. bila nak pupus aktiviti2 ni?)

dan macam-macam lagi gelagat2 yang Ada..

Bila ana nampak budak2 sekolah ni, teringat kat kawan2.. rindu~~
banyak kenangan yang terlakar indah didalam sejarah kehidupan selama bergelar pelajar MJ..
ada pengajaran dan tauladan.. moga apa yang kita sama2 jalani sentiasa dalam rahmat dan redhaNya..
ameen..:)

Musim bunga :), hee.. x pon, sebenarnya jakun bila tengok bunga2 warna pink gugur even dah banyak kali nampak kat tepi2 jalan!

O.K, ni budak dorm ana, p212.. masa ni nak berarak ke dewan luqman untuk malam maulud Nabi Muhammad S.A.W.. even x sampai setahun kenal, tapi dah kamcinG... alhamdulillah..

Ni group qolbun Salim.. best study dengan group ni.. huhu.. 

time raya bersama kawan2 

Kad yg ana siapkan sebelum balik.. hehe.. kiranya tangan ana ni x lah kayu sangat!

Di masjid abu bakar.. best sangat..  teringat masa bulan ramadhan, tiap2 hari kena pi sana solat isyak dan terawih.. time tu trial stam.. ana dgn wardah main aci redah.. kalau esok exam, kita buat 8 je.. klu x, kita buat penuh.. huhu... alhamdulillah.. seronok sangat! dan kalau nak tau, pelancong2 dari korea selalu melawat ke sana.. org pompuan, klu dah jumpa korea.. alahai.. (ana terkecuali) 


Semasa di rumah orang2 tua al-ikhlas.. (semangat sangat time ni :)) first time pergi rumah orang2 tua ni.. macam2 mak cik ana jumpa dan cerita yang ana dengar.. bila dengar cerita mak cik sekalian kat sini, rasa insaf sangat.. dan terbit azam yang membara dalam hati ni.. nak jaga umi & ayah dengan sepenuh kesempurnaan sampai ke akhirnya.. insyaAllah..

huhu.. suka tengok blackground ni.. gambar yang dirakam masa baru habis exam setengah tahun.. nak baca buku malas, jadi kami jalan2 sebentar bersama kamera baru (ketika itu)


Dan banyak lagi peristiwa2 yang ana jalani bersama-sama sahabat2 "terchinta"... (nak tengok gambar lagi pi geledah fb, gerenti jumpa)
teringat hadis nabi tntang 7 orang yang akan bernaung dibawah naungan Allah, salah satunya ialah.. "dua orang yang saling berkasih-sayang kerana Allah, baik waktu berkumpul atau waktu berpisah"..
moga kita semua termasuk dalam golongan tu, insyaAllah..

Orang pernah tanya, kenapa buat blog? untuk isi masa lapang ke? untuk cerita suka2 ke? atau apa?
hee.. ana suka jawab, for my future..
yer lah.. kita mana tau bila kita matikan!
nanti senanglah future kita tau kisah kita dahulu kala kan..
"ohhh.. mama / aunty /nenek.. (apakah?) sekolah kat mj eah dulu? baru tau!"
lagipun, nabi ada cakap, ilmu yg bermafaat tu salah satu pahala yg x kan putus even orng tu dah  mati.. mungkin ada 1/2 patah perkataan di sini.. insyaAllah..

Alhamdulillah.. itu saja untuk kali ini..
insyaAllah.. kalau Allah bagi ilham, ana type lagi.. hohoho..
jazakallah hu khairan katsiran  jaza..

SEkiAn..
SaLAm uKhwAh..


Thursday 15 September 2011

Medan perang itu akan kami hadapi!



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...

Ceh, tajuk dia macam serius sangat.. 


yup, kami semua akan hadapinya bulan depan.. 
peperangan dengan paper STAM..
pada hari rabu 12/10/2011
yang akan menentukan masa depan kami..
 ianya untuk islam..
untuk masyarakat..
untuk keluarga..
dan untuk kebahagiaan dunia akhirat..

study dalam group, lagi berapa hari je lagi kami dapat study sama2.. 

picture banin x berapa lawa sebab x sempat nak ambik betul2


kami nak mumtaz!

kawan-kawan
jangan mudah berputus asa..
sebab Allah kata,
"sesungguhnya aku amat dekat"
Allah tu amat dekat,
lebih dekat dari urat leher kita.
jadi jangan pernah putus dari rahmat Allah..

dan Allah juga kata.
"berdoalah, nescaya Aku perkenankan"
doa tu pun usaha juga!
Ya Allah...
permudahkanlah..
redokanlah..
perkenankanlah...
bantulah..
Kami yang sedang berjuang dijalanMu..

Ameen..

Bila berjaya nanti,
jangan pernah lupa untuk sentiasa bersyukur kepadaNya,
jadilah macam jerami padi,
makin berisi makin tunduk,
makin berilmu,
makin merendah diri,
jangan pernah rasa nak riyak,
sampaikan Allah kata,
"sedikit dari hambaKu yang bersyukur"
taknaklah masuk dalam ketogeri tu,
mana tau suatu hari nanti Allah nak tarik balik nikmat Dia..

bagi yang kurang,
sentiasalah bersangka baik dengan Allah,
ingat tak kalam Dia yang indah?
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu"
sesungguhnya Allah Maha Tahu,
apa yang terbaik buat hamba-hamba Dia..

Rasanya sampai disini dulu
buat kali ini..
meh kita sama2 buat yang terbaik!!!

erm, sebagai pelajar sekolah yang dah nak exam ni..
ana nak log out dulu..
(blogger je, fb kejap lagi)

sekian...
SALAM UKHWAH..:D

Saturday 3 September 2011

Antara semalam dan hari ini..

And all greetings upon u :)

Alhamdulillah..  dapat video ni di laman web Isma Australia.. mula2 tengok rasa macam bosan, tapi banyak pengajaran yang ana dapat..

mus'nab kata: kita sebenarnya tak payah susah2 nak tetapkan kita punya mission dalam  hidup, sebab Allah dah tetapkan mission kita.. matlamat kita ni akhirat.. hidup kita ni macam ladang je.. kita kena tanam baja, siram sebab mission  kita, kita  nak menuai kat akhirat nanti..


Umaier kata: mus'nab, jadilah macam Mus'nab ibnu Umar yang sanggup mengetuk pintu setiap rumah di Madinah untuk menyebarkan islam.. kali ini, mari kita pula mengetuk pintu hati setiap hamba Allah untuk mengenal islam yang sebenar.. macam kau kata.. sebarkan islam kecik-kecik..

Dan diakhir video ini, umaier kata "islam adalah segala-galanya, islam is the way of life.. islam perlu dibangkitkan kembali.. kerana islam itu hebat, dan hanya dipikul oleh orang yang hebat.. Aku mahu jadi rijjal yang hebat!

Terima kasih ya Allah.. kerana memilih aku untuk diberikan peluang mengenal Mu.. dan memilih aku untuk dihadiahkan seorang teman buat pendokong perjuangan risalahMu.. 
Moga Kau akan sentiasa memilih aku, walaupun diatas apa jua jalan sekalipun.. 





  • : lagu akhir kat video ni best~
  • : moga dapat mutiara hikmah darinya..
  • : hee.. ingatkan selamat hari pi sedunia tu post t'akhir.. alhamdulillah Allah bagi ilham lagi...
  • : enjoy the video..

Sekian

Friday 2 September 2011

Hari "pi" Sedunia...

Bismillah...

Alhamdulillah.. datang idea ni.. ana dapat dari novel  quartet karya Saidatul Saffa lepastu buatlah sedikit kajian kat cik google..

jadi.. terhasillah ini..

Kali ni ana nak cerita pasal nombor pulak.. berkenaan dengan tarikh yang bagi ana amatlah cantik.. 14 hari bulan november.. 


Even hari ni baru 2 september, tapi kalau nak tunggu tarikh 14 november tu x tau sempat ke tak.. erm.. rasa2 ada apa dengan tarikh  14 november tu ye?


okey, nak cerita lah ni...

Cuba  kita berganjak sekejap ke masa hadapan.. cuba bayangkan pada masa hadapan, 14 november akan dinamakan sebagai "'Hari pi Sedunia" bukan pi epal ke, daging ke, ayam ke atau yang lain2 tu tau,, tapi pi yg dikenali sebagai pemalar dalam mate tu..



Kalau nak tau bertepatan dengan 14 November setiap tahun para matematik merayakan hari pi (Ï€), tanggal tersebut juga sebagai hari lahirnya Albert Einstein yang terkenal dengan teori relativnya (E=mc²)
Nilai π yang biasa digunakan adalah 3,14 atau 22/7 namun untuk lebih tepatnya, sudah dicari sampai > 1,241,100,000,000 tempat desimal. Nilai π sampai 10 tempat desimal adalah 3,14159265358.

pi ni masa zaman babylon tu nilainya 3.125 dan masa zaman peradaban mesir purba nilainya 256/81..  tapinya, simbol pi ni ditulis seperti simbol yang ada pada zaman sekarang oleh William John atas kertas pada tahun 1706..  lepastu kalau nak tau, sebenarnya William John ni kawan baik kepada Isaac Newton tu..

Tapi pada zaman sekarang, simbol pi ni bersamaan dengan 3.14..

Haa.. kat sinilah ana nak suruh tengok elok-elok..

3.14.. dan kalau orang kita tulis tarikh macam ni kan.. 14/3 tapi orang US ni tulis tarikh pulak cam ni..
3/14

nampak tak?

Adohai.. comel kan? oh.. x sangka, dalam mate pun ada benda comel ni... mate ni, bukan setakat nombor je tau..  hee.. ni semua adalah pengaruh dari Albert Einstein tu lah..

Hohoho... paham tak? sape tak paham bolehlah mengemukakan soalan kat blog ni atau kat fb nanti ye..

Rasanya, itu ajelah yang ana nak kongsi kali ini.. masa mula-mula tau tentang benda alah ni klakalah juga.. aisey.. mungkin ini post terakhir ana untuk bulan ini, atau mungkin sampai bulan depan..  STAM semakin hampir, lagi 2 bulan je.. jadi kawan2 doakan ana dapat keputusan yang gilang- gemilang ye..

sekian:::                                           {Salam Ukhwah}

Thursday 1 September 2011

have Faith..


Orang kata, kita akan ingat kembali nikmat yang kita dapat tetapi kurang disyukuri bila kita ditimpa musibah atau nikmat tu ditarik balik.. time tu, barulah rasa betul-betul nak bersyukur..

"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata:' kami telah beriman', tanpa mereka mendapat cobaan.." (al-Ankabut : 2)

Ayat pengubat lara apabila diuji, when faith is put at test.. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.. tu janji Dia..

Lihatlah kemenangan-kemenangan besar yang diperolehi oleh hamba-hamba Allah yang dijanjikan syurga.. betapa tingginya tahap kesabaran yang ada dalam diri mereka..


  • Nabi Nuh, selama beratus tahun baginda tetap berdakwah kepada umatnya yang amatlah degil..
  • Bilal Bin Rabbah, tetap mempertahankan akidahnya walaupun beliau diseksa dengan kejam oleh tuannya..
  • Nabi Yusof, lebih rela diperjara daripada hidup bebas dan menjadi fitnah di dunia luar..
  • Nabi Muhammad, tetap mendoakan umat2 nya di Ta'if walaupun baginda di baling batu, dan dihina..


serta banyak lagi kisah2 yang boleh dijadikan pengajaran buat diri..

Tapi bila rasa sungguh-sungguh tak lalu sampai wishing for penamat, Allah bagi cara nak hadapi..

Narrated from Anas: Rasulullah S.A.W bersabda: none of You should long for death because of a calamity that had befalled Him, and if he cannot, but long for death, then berdoalah.. "Ya Allah, let me live as long as life is better for me, and take my life if death is better for me."       
 (Sahih Bukhari 8/6351-o.p.362)

Tapi janganlah kita doa supaya dicepatkan mati pulak, ini kalau things're too much to hear. Mohon pada Allah dipermudahkan urusan..  Allah tu amat dekat macam dalam sabdaNya..

"Apabila hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang halKu, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku perkenankan doa orang yang yang meminta, bila ia meminta kepadaKu.." (al-Baqarah : 186) 

Tetapi cuba teliti pada sambungan ayat tersebut..

"tetapi hendaklah ia mengikut perintahKu, serta beriman kepadaKu, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.."

Cubalah kalau kita nak makan nasi goreng kampung, tapi just letak nasi je dalam kuali x letak barang-barang tumis, garam dan lain-lain.. ingat jadi ke?? ataupun malas nak masak, lepastu suruh mak masak tapi cakap kasar2.. ingat dapat ke? aisey.. macam tulah juga Allah, pasti ada ganjaran yang sangat besar untuk hamba-hambaNya yang kuat usaha, sabar dan taat..

No matter what, no matter when, no matter when it doesn't at all make sense. DO NOT leave You love latter's compilation.. Sentiasalah ingat kita punya untimate lite manual, the quran. It is the last thread to sanity even if everything else failed.. itulah kalam2 cinta dari pencipta buat hamba-hambaNya..


Segala perkara yang berlaku itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.. sebab itu, asrar Illahi.. rahsia Rabbi nak menemukan bahagia buat kekasihNya yang mendambakan firdausi..:)

sekian..            
Salam Ukhwah~

Friday 26 August 2011

The True love..


She was flower from the heaven, who came and went.                                                     

But whose scent shall forever remain in my mind..

 (word Saidina Ali about Saidatina Fatimah)

Bagi ana kata-kata tu memang indah..  ayat cinta Saidina Ali tetang Saidatina Fatimah..

dia ibarat bunga dari syurga, yang datang dan telah pergi 
tetapi harumnya tetap terpahat sampai bila-bila..

lihatlah betapa sayangnya Saidina Ali terhadap az-Zahrah, sehinggakan beliau tak nak memadukan Saidatina Fatimah  semasa hayatnya.. 


Siapa yang tidak tertaik pada Fatimah? seorang wanita yang rupawan, tinggi kualiti akhlaknya malahan beliau adalah anak seorang manusia yang agung..  Cuba bayangkan bagaimana seorang lelaki yang tidak berharta telah dipilih Nabi Muhammad S.A.W menjadi menantunya setelah menolak pinangan 2 orang sahabatnya yang amat hebat ketika itu..


Oleh itu, ana ingin mencoretkan kisah seorang lelaki yang yakin dengan janji Allah bahawa Allah tidak akan mensia-siakan hambanya yang beriman..


Dipendamkan di dalam hatinya, dan tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya yang tertarik pada seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.

 Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.

Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku."
Namun, sinar masih ada buatnya.

Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah.

 Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah.
Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”.
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya.
 Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a.
 Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya:
 “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu.

Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau.
Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri?
Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata:
 “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”


Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu:
 “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula.
 Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w.
 Ia dipersilakan duduk di depan beliau.
 Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata:
 “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata:
 “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga.
 Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah.
 Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri.
 Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah.
 Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!”
Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
 Inilah jalan cinta para pejuang.
 Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
 Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu.
 Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu..”


Tengok.. betapa cantiknya aturan Allah.. Jadi, sentiasalah yakin "Innallah ha maana".. sebab Allah tu maha mendengar.. Dia dengar semua doa hamba Dia yang beriman dan yakin dengan dia.. 


So, have faith...  may Allah bless :)
                                                   
                                                             Salam ukhwah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)