welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Thursday 27 December 2012

C.I.N.T.A



Cinta,
Satu kata yang menerbitkan senyum bahagia,
Kadang-kadang tangis yang berbaur gembira,
Sesungguhnya...
Cinta itu mendamaikan, bukan menyesakkan,
Cinta itu menguatkan, bukan melemahkan,
Dan cinta itu menyembuhkan, bukan menyakitkan.

Cinta..  adalah rahmat dariNya,
Kerana dengan cintalah,
Seorang ibu merelakan jiwanya,
Demi kelahiran buah hati tercinta,
Kerana dengan cintalah,
Seorang ayah mengerah diri sekuat tenaga,
Demi mencari nafkah untuk anggota keluarga.

Kerana dengan cinta jugalah,
Salahuddin al-Ayubi tidak dapat tertawa,
Sebelum al-Aqsa dibesaskan,
Kerana dengan cintalah
Sumayyah rela syahid demi akidah,
Keran a dengan cintalah,
Bilal sanggup derita demi syahadah,
Kerana dengan cintalah,
Hamzah, Jaafar dan Hanzalah,
Rela syahid demi cinta mereka pada agama.

Sementara dengan cinta jugalah,
Namrud mati dibunuh seekor serangga,
Akibat terlalu cintakan kuasa,
Firaun mati lemas kerana cintanya pada mahkota dan takhta,
Dan Qarun ditelan bumi bahana permata bertimbun kepunyaannya.

Ya Rahman,
Jika cinta adalah keindahan,
Tawanlah aku dengan keindah  cinta padaMu
Agar  tidak wujud lagi cinta,
Yang lebih indah dariMu,

Ya Rahim,
Jika cinta itu pengorbanan,
Tetapkan niat dari semua pengorbananku,
Semata tulus untukMu.

Ya Wahhab,
Jika cinta itu rindu yang menyakitkan,
Sukar  ditemukan bayang muaranya,
Penuhilah rasa sakitku dengan rindu padaMu,
Dan jadikanlah pengakhiran hidupku,

Sebagai muara pertemuaan denganMu




p/s: Persembahan sajak saya dalam subjek bahasa kebangsaan khamis ini insyaAllah. Mohon doanya :D 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)