Alhamdulillah Allah izinkan lagi saya menaip.. :)
kali ni saya nak share satu hadis yang bagi saya amatlah waahhhh!!! ianya berkaitan dengan ukhwah...
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi-nabi dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah".
Mantoop tidak?? hambuih.. ada juga eak?
Yang pertama anda perlu jelas orang itu : Bukan dari kalangan Nabi dan Syuhada!
Yang pertama anda perlu jelas orang itu : Bukan dari kalangan Nabi dan Syuhada!
Yang kedua anda perlu faham : Mereka ini sangat dicemburui oleh para Nabi dan Syuhada!
Yang ketiga anda kena jelas dan faham : Mereka ini sangat dicemburui kerana "kedudukan" mereka di sisi Allah!!
hebat! hebat! o.k, kita sambung balik hadis tadi...
Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?
Rasulullah S.A.W bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia-manusia yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

Jadi macam mana? rasa hebat tak dengan orang macam ini??
Mereka itu berkasih-sayang kerana Allah, berukhwah kerana Allah, sehinggakan bercinta dan rindu untuk bertemu juga keranaNya..
bercinta yang macam mana ni??
Ianya pastilah bercinta kerana Allah, kerana Islam mereka, kerana iman mereka, mereka cintakan ukhuwah mereka kerana Syurga.. pokok pangkalnya kerana untuk 'Redha Allah' dengan segala apa yang dikurniakan kepada mereka..
meskipun tidak ada sedikitpun ikatan kekeluargaan! hatta BAU-BAU bacang pon takda!
ya Allah! hebat saaaangat ni! anda macam mana? ehh kita macam mana?!
apa kelebihan mereka yang macam wahhhhhhhhhhh ni???
Cuba lihat balik hadis tadi..
*sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya.
*Mereka tidak takut ketika manusia-manusia yang lain takut.
*Dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.
Macammana nak jadi hamba Allah yang waahhh tu?? jalannya mudah.. cuma menjaga hak dalam berukhwah je! MasyaAllah.. boleh ke kita jadi macam ni??
hey awak! berukhuwwah dengan buku itu MESTI! tapi ada yang lagi waahhh dari itu! berukhuwwah dengan makhluk yang sama sepertimana kamu diciptakan itu lagi PENTING! tapi tak semudah yang disangkalah kan?
kerana ukhuwwah itu akan lebih bermakan dan lebih telus bila ada PERISTIWA yang menguji ikatan tersebut. kalau tak, jumpa-jumpa balik. haha. nothing happen. tak de rasa apa.
Allah. Allah. bagaimana dengan ukhuwwah yang penah kita bina? samakah seperti apa yang dijanjikan oleh Rasul-Nya?
wallahu'a’lam..
Sekian:
salam ukhwah..
No comments:
Post a Comment