welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Saturday 14 July 2012

Jom kejar nikmat yang besar itu!!


Mencari redho Illahi itu, tidak semudah memasak maggi..

pernah dengarkan ayat tu?? :)



Saya ada terbaca satu Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahih Bukhari dan mukhtasarnya :

Ada dailog antara Allah s.w.t bersama dengan ahli syurga :

Allah berfirman : Wahai Ahli Surga!! 

Ahli syurga menjawab : Ya, wahai tuhan kami, kami junjung titah seruMu dan segala kebaikan berada ditanganMu.

Allah berfirman : Adakah kamu redho? (Adakah kamu berasa cukup dengan hidangan syurga ini?)

Jawab mereka : Adakah kami tidak Redho, sedangkan apa yang Engkau berikan ini tidak diberikan pada orang lain selain kami.

Allah berfirman lagi : Sudikah kamu Aku nak berikan yang lebih baik daripada itu?

Mereka menjawab : Ya tuhan kami, masih ada lagikah yag lebih baik selain daripada syurga ini?

Allah berfirman : (iaitulah) Aku akan berikan pada kamu REDHO-Ku. Dan selepas itu tidak ada kemurkaan Aku terhadap kamu selama-lamanya.

(Hadis riwayat Bukhari)
kesimpulannya...

Redho adalah nikmat paling tinggi dari Allah, baik di dunia mahupun di akhirat selain nikmat iman dan islam!!

Jom kita sama-sama jaga baik-baik nikmat tu.. 
insyaAllah :D


sekian:
salam ukhwah..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)