Bismillah.
Alhamdulillah, ramadhan menganjak ke malam 25.
eah? baru nak update kah?
hoho..
Ramadhan akhirnya kita bertemu lagi. Tapi..
pastikah hingga ke hujungnya?
yakinkah yang tahun-tahun hadapan nanti kita akan bertemu lagi? fuhh!
Kita selalu doa..
Ya Allah, sampaikanlah aku kepada ramadhan!
Lalu Dia yang Maha Baik, lagi Pengasih.
Makbulkan, perkenankan...
Maka, nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman)
Lalu, jangan mudah-mudah jadi yang rugi.
jangan kita persia segala pemberianNya.
Tetapi, syukurlah!
Jika hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan ramadhan pasti ! Mereka bercita -cita supaya ramadhan itu sepanjang tahun
[ riwayat al- thabrani]
Tapi sometime rehat yang berpuluh jam, tidak memberi kelegaan secara total. Sungguh!
Yang sedikit mungkin lebih baik.
maka, mari.
bersama belajar mencari tenang dari Dia.
mencari rehat yang benar-benar rehat.
solat. sabar. & etc
Makanya....
Persiapkan diri untuk jadi yang Dia sayang.
macam biasalah, buat yang Dia arah, jauh yang Dia larang.
Simple kan?
Untuk ramadhan kali ini.
Mutabaah amal dah dapat cantik molek dah.Alhamdulillah sudah ada yang terisi.
Moga ianya istiqamah dalam hidup yang mendatang selepas ramadhan ini.
Dan moga ianya bukan hanya setakat 'adat'. fuhh!

(ni yang UNIMAS punya, yang sendiri punya lupa nak ambik gambar =_=" tapi still sama je ^^)
Post untuk ramadhan kali ini, rasanya mungkin ini yang pertama dan terakhir (confident memang pon! pergh..)
Sometime apa yang dirasa itu betul.
entah sempat, entahkan tidak untuk sampai ke penghujung ramadhan ni.
Allah, moga aku layak untuk bertemu malam seribu bulan itu.
moga kita layak sampai, moga ia tak kusam.
moga mampu sambut dengan riang rianya bersama iman yang warna warni.
serta taqwa yang kukuh kembali.
may Allah bless...
Tak lupa juga buat saudara-saudara kita di sana.
Syiria, mesir, palestin, ronghiya dan lain-lain.
Jangan lupa untuk bedilkan doa bertubi-tubi buat mereka.
Qunut nazilah juga. InsyaAllah sama-sama usaha!
Wahai Allah, moga Engkau jaga dan pelihara mereka yang aku sayang.
Aku mengimani bahawa Kau sebaik-baik penjaga dan pemelihara.
“Sesungguhnya Rabbku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.” [Hud: 57]
“Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” [Yusuf: 64]
Till end, walaupun banyak benda yang nak diupdate.
Tapi hanya ini yang mampu tercoret. huhu..
Harapnya ada manfaan even just a words.
Moga Allah ampun dan redha pada kita, dia dan mereka.
sekian,
Salam ukhwah.