welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Thursday 3 February 2011

Halaqah Cinta

 "Diri kita ibarat cawan, jika kita tidak menuang air ke dalam cawan, molekul-molekul udara akan masuk.."

Begitulah juga dalam kehidupan,, jika kita tidak tuang dengan iman dan amal,, anasir-anasir lain akan masuk.. seperti apa yang ana belajar di bugisiah, maahad serta program-program yang ana sertai.. usrah itu penting! tanpa usrah,, kita mungkin akan jauh dari jalan tarbiah,, serta mungkin akan jauh juga dari Allah.. nauzubillah.. bila bercerita tentang usrah ini, ana teringat tentang usrah secara tidak formal diantara si ayah dengan si anak...


Malam itu, ana keluar bersama umi ayah dan adik ana yang kecik,,  hakimi pergi ke ke B.P Mall utuk mencari jubah di first lady,, ketika itu radio mendendangkan lagu Alhamdulillah dari maher zain.. ana dan adik ana mengikut nyanyian lagu tersebut dengan gembira.. tiba2 adik ana bermadah..

kimi: akak, nanti belikan air tau.. kita nak duduk dalam kereta jelah..

anayer lah.. nak air apa?
  
kimi: air pepe jer.. asalkan sejuk..

anaish.. x baik untuk kesihatanlah.. <sambil buat muka serius>

kimi: ala kalau air panas, susah nak minum.. nanti melecur mulut! sape susah.. ayah jugak.. 


tiba2 ayah ana yang sedang memandu meyampuk...

ayah: panas? erm,, kimi nak dengar cerita x?


hakimi yang amat suka bila mendengar cerita terus duduk katengah2 kereta sambil berkata..

kimi: nak.. nak.. cepatlah cerita..

ayah: ni cerita pasal syaitan.. tau tak, dulu syaitan duduk kat dalam syurga.. 

kimi: eh,, yer ke? bukan ke dia duduk kat dalam neraka sebab diakan dicipta dari api... lagipunkan dia jahat.. <dengan muka kebingungan>

ayah: ye,, memanglah dia duduk kat neraka... sebelumtu, dia duduk kat dalam syurga... masa tu,, Nabi  Adam  belum dicipta lagi.. lepas Nabi Adam dicipta,, syaitan kena halau dari syurga sebab dia x nak sujud kat Nabi Adam.. hanya malaikat je yang patuh pada perintah Allah dengan sujud pada Nabi Adam...

kiminape pulak dia x nak sujud? degillah syaitan tu!

ayah: tulah sebab x boleh nakal2 kalau x nak jadi kawan syaitan..<kimi tersengih2.. kerana rasa diperli..> lepas syaitan x nak sujud, malaikat bertanya "wahai hamba Allah, nape engkau x nak sujud pada Nabi Adam? bukankah ianya suatu perintah dari Allah"? syaitan pun menjawab "kenapa aq nak kena sujud dengan dia?  aq diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah.. sungguh x sopan! x de class lahkan.."

kimi: ayah, nape kita boleh buat jahat? sebab syaitan suruh yer?

ayah: sebab dalam diri kita ada nafsu.. nafsu selalu suruh kita buat jahat.. contohyer macam main PS2 sampai x dengar umi dengan ayah panggil, tengok astro sampai x ingat waktu solat, main kat padang,, dah nak maghrib baru balik.. tu sume nafsu yang bisik...  selain tu dalam diri kita pun ada roh... 

kimi: eh, roh tu cam ne yah? x penah nampak pon..  

ayahroh tu ghaib,  sebabtu lah kita x boleh nampak.. roh ni, selalu suruh kita buat benda baik, tapi nafsu sentiasa melawan.. masa mula2 Nabi Adam dicipta, roh telah dicampakkan kebadan baginda.. masa separuh roh masuk ke badan,, tiba2 Nabi Adam bersin, diapun ucap.. 'Alhamdulillah" itulah kalimah pertama yang keluar dari mulut baginda..  

kimi: oh, sebab tulah kita kena sebut Alhamdulillah kalau acem?

ayah: a'ah,, pandai pun! nak tau x.. dalam badan kita pun ada  qarin,, iaitu pendamping,, bayangan..

kimi: bayangan?? eh,, ayah.. kita selalu nampak bayang2 hitam kat umah kalau duduk sorang2.. seram!

umi dan ana yang hanya mandiamkan diri  tiba2 katawa... haha,, adik ana ni badan je besar.. tapi penakut!


ayah: apelah,, ingat tu je.. kita boleh takut dengan Allah je tau.. kalau kita takut dengan benda lain,, kita boleh syirik!

kimi:ooo... paham.. paham... ayah,, mana ayah tau semua ni? ayah baca buku eh?
  
ayah: ayah tengok kat halaqoh kat t.v 9.. bukan asyik tengok cartoon je.. lepas ni,, istiqamah dalam diri,, jangan asyik ikut nafsu dalam sesuatu perkara tu.. ingat!


kimi: BAIK KEPTEN!! <sambil menjerit dengan penuh semangat>

Bukankah Allah telah berfirman.."Dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka" <An-Nisa:63>

Dari situ ana sedari,, halaqoh boleh saja diwujudkan di mana2 tanpa mengira tempat dan waktu... seperti perbualan pendek diantara si ayah dan si anak tersebut.. amatlah penting sesuatu halaqoh itu mula diwujudkan dalam diri anak2 sejak kecil lagi.. dengan halaqoh dan penerangan yang mantap boleh menjadikan seseorang itu menjadi lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu yang baik serta dirinya akan sentiasa teruja untuk terus istiqomah untuk terus melakukannya..                                                        

Ana teringat janji Rasulullah S.A.W iaitu "Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari.."

 Moga dengan berhalaqoh,, jiwa kita dapat sentiasa diisi dengan iman dan amal.. insyaAllah...
                                                         ::::::::Salam Ukhwah:::::::::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)