welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Tuesday 10 January 2012

Segalanya MilikMu..


Kau yang menciptakan cinta

Dan Kau jua yang menghampar bahagia

Di ribaanMu terhimpun harapan

Impian tulus setiap insan


Kau yang mengutuskan duka

Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan...

(Segalanya MilikMu by Mestica)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Segala rasa suka dan duka itu kurniaan Allah,
yang Maha Mengetahui segala perkara yang terjadi,
yang terre menggatur kehidupan kita,
even kita pernah rasa sedih dan susah,
tapi ingat, semua perkara yang terbaik buat kita,
tak semestinya kita mahu...

Jangan pernah rasa hampa dan lemah
bila dugaan datang menimpa,
sebab UJIAN ITU TANDA CINTANYA!

Ingatlah, yang Allah tidak pernah lupakan hamba-hambaNya
yang TIDAK PERNAH MELUPAKANNYA...


Jangan pernah ada rasa putus asa dalam diri,
sebab Allah ciptakan kita manusia,
yang paling tinggi darjatnya,
jika kita orang yang beriman..

Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman.. (Ali-Imran:139)


say yeah!!

p/s keyboard:saya rasa susah sikit sekarang ni, sebab x 'masyi' lagi drive..
                    doakan saya dipermudahkan segalanya :)




Sekian:
SALAM UKHWAH..

Tuesday 3 January 2012

Warkah buat Nur Hidayah Binti Md Bahrudin..

Bismillah..

Rindu.. amatlah rindu!!
dah tujuh tahun berlalu..
ermm.. x tau nak cerita macam mana..
sekarang, seandainya dia masih ada..
umur dia dah tujuh tahun..
dan hari ni, 3/1/2012 hari lahir dia..


Selamat hari lahir dik yah..

selalunya, bila hari lahir tiba, orang ucap moga panjang umur..
tapi hakikatnya kematian itu semakin hampir..
dan dik yah saya, dah lama x de..
sejak tanggal 31 julai 2005,
dia dah kembali bertemu penciptanya..
dengan hati yang putih sebersih salju..

walaupun begitu,, saya nak ucap jugak..
sebabnya, kan saya dah kata,
matlamat kedua wujudnya blog ini adalah untuk my future.. huhu..

Errmm.. jika dia masih ada sekarang, mesti dia dah siap-siapkan baju sekolah nak masuk darjah satu..
mesti comel bila dia pakai baju kurung dengan tudung putih dan kain biru black..^^

saya amat rindu dengan senyuman dia..
senyuman yang tidak pernah lekang walau sakit mengulit rasa..
moga bahgia milikmu sentiasa dik yah,,
walaupun saya tahu,
dia memang sedang gembira di sana..

Al-Fatihah buat beliau..

Okey, saya teringat sajak yang dicipta inche abang buat adik kami ini..
Jadi persembahkan..


Nur Hidayah binti Md Bahrudin...


namamu sudah cukup untuk membuatkanku tersenyum sendirian...

senyumanmu mampu memberi ketenangan kepada jiwaku....

gelak tawamu mengubat kesedihan kami...

masih teringat saat aku menyanyikan lagu 'al-ittirof' untukmu...

kau memberi perhatian yang jarang diberikan oleh orang lain...

aku sedar suaraku tidak lah sesedap mawi..

sesoprano Ning baizura...
terima kasih Hidayah..
masih teringat saat aku memandikanmu..
mengusap lembut muka mulusmu..
mencium pipimu dengan penuh kasih sayang...
kau akan memandangku dengan pandangan yang penuh harapan..
agar aku membelaimu dengan kasih-sayangku..
tetapi apakan dayaku..
aku juga mempunyai tanggungjawab yang lain..


Tetapi..

sungguh singkat pertemuan kita..

7 bulan 2 hari..

ohhh.. betapa beratnya hati ini melepaskanmu wahai sayangku..

Aku tahu kau sedang merasai kebahagiaan di sana...

dengan pakaian yang indah..

dengan kebahagiaan yang tiada penghujungnya..
tidak dapat ku menahan air mata..
melihat wajahmu yang putih bersih itu...
senyap tanpa senyuman...
mahupun tangisan...
mengapa?
sukar diungkapkan betapa remuknya hatiku..
sukar bagiku untuk mengingati saat itu...



Aku tidak akan pernah melupakanmu wahai Hidayah~

Bingkisan hati seorang abang~~

Sekian:
sAlaM UkhWAh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)