welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Thursday 17 March 2011

Malam itu~

Bismillah....


Alhamdulillah.. ucapan puji-pujian ana ucapkan pada Ar-Rahman  kerana telah memberikan ana ilham untuk menulis post ini,, tidak lupa pula selawat dan salam buat nabi Muhammad S.A.W iaitu seorang manusia yang amat tinggi peribadinya.. terutama terhadap jiran2 baginda..


Post ana kali ini tidaklah terlalu ilmiah,, hanya cerita yang ana alami semalam sekadar untuk dikongsi bersama.. hehe,, mungkin disebabkan suasana rumah yang amatlah sunyi.. bosan~


 Ana pelik juga kenapa rumah sunyi semacam,, rupanya adik ana si hakimi tu ada tuisyen kat bawah dengan cikgu halim yang merupakan guru tuisyen peribadi..

Tapi insyaAllah antum semua akan dapat beberapa butir mutiara teladan yang akan ana selitkan dalam kisah ini.. insyaAllah..   citernye macam ni... bermulalah alkisah...


Malam tadi selepas solat maghrib dan membaca  ayat al-quran,, ana terus turun ke bawah dan buka laptop.. tapi apalah malang,, semua benda kat dalam laptop x boleh baca! semua bertukar menjadi adobe reader!!!! apalah.. punya gelabah.. ana  rasa takutlah sangat sebab laptop ni ayah yang punya.. kalaulah ayah tau,,  mati woo.. gerenti x kasi pinjam  lagi,, ni bagi pinjam pun sebab pc kena serang virus,, kimi punya pasallah tu.. huh~

Selepas berperang dengan laptop yang menyakitkan hati ni hampir setengah jam.. ana rasa buntulah sangat2 wargh!!! rasa nak menjerit.. tapi ana tak tau kenapa..  bagai ada bisikan yang suruh ana pi rumah jiran sebelah.. rasa pelik jugalah sebab ana ni dengan jiran x lah rapat sangat, itu adalah sebab situasi duduk kat asrama, balik je memang x keluar rumah..erm,, sebelum tu nak tau sapa jiran ana? meh ana citer..

Jiran di sebelah kanan ana adalah keluarga yang berbangsa cina dan amatlah baik hati.. setiap kali raya cina tak pernah lupa beri kami buah tangan seperti gula2, cokelat, limau dan banyak lagilah.. semuanya dijamin halal!! dengan sifatnya yang amat pemurah itu,, apabila tiba raya puasa pasti kimi  ingin membalas pemberian itu dengan memberikannya kuih raya.. ana gelak je,, baik jugalah hati budak kecik ni.. ana selalu panggil jiran ana ni uncle micheal.. ana dengan uncle selalu bertegur sapa bila bertemu, kalau dengan family dia jaranglah sikit.. paling2 tidak pun ana akan senyum je.. hehe..

Jiran di sebelah kiri pula adalah pelajar2 puteri UTHM.. ana jarang bersua muka dengan mereka ni susah nak jumpa sebab semua sibuk belajar.. buat pengetahuan antum semua.. ana tak pernah bertegur-sapa dengan mereka semua,, paling2 pun senyum je, tu pun masa nak sidai baju.. punyalah teruk perangai! hei,, bila nak berubah ni.. erm,, tapi malam itu merubah segalanya...


Selepas kepala buntu dan macam nak keluar asap dah.. ana terus capai tudung dan sweter tak pikir panjang,, terus keluar rumah sambil angkut laptop sekali.. malam tu ayah tak ada kat rumah sebab ada usrah kat luar.. selepas meminta izin umi ana terus keluar.. masa keluar rumah, ana dengar bunyi kereta kat depan rumah uncle,, so, memang tak boleh mintak tolong dia sebab dia keluar rumah.. lepas tu ana sarung selipar dan main lejan je pi rumah kakak2 tu.. takutlah juga..

 Selepas memberi salam selama lebih kurang 5 minit, keluarlah seorang kakak.. ana teruslah mintak tolong.. Alhamdulillah,, semua kakak2 tu baik2 belaka.. mereka sudi menolong.. diaorang cakap "kena virus ni dik.. akak pun x tau sangat ni,, nanti akak tanya kawan akak nama dia sim" lebih kurang gitulah kata2 yer.. hehe..

Masa dalam perjalanan nak ke rumah kawan dia tu,, kiteorang pun ber ta'aruf.. nama kakak yang drive kereta ialah kak bee.. yang lagi sorang kak selly.. masa kat rumah kawan dia (sim) tu kiteorang pun berbual..  daripada perbualan yang agak lama jugalah (sebab laptop rosak teruk kot)  ana dimaklumkan bahawa mereka semua duduk di rumah tu seramai 5 orang, semua ambik jurusan yang sama iaitu jurutera.. mereka semua dalam sem last sekarang ni, bulan 5 diaorang semua pindah,, wuu.. sedihlah juga,, baru je nak kamcing dah nak pindah.. adeh~

Masa kami sedang berbual-bual, sim rakan mereka yang berbangsa cina mengajak kami masuk, kami memang tolaklah.. sebab x berani nak masuk umah lelaki ni,, x pasal2 ade je benda buruk berlaku.. menurut kak bee, sim ni satu coss jugak ngan dia, tapi dia terre bab computer ni, kalau diaorang ada masalah dengan komputer, memang diaorang jumpa si sim nilah..


Selepas segala-galanya selesai, kiteorang pun balik.. memanglah sim tu baik sebab dia langsung x kenakan bayaran.. kakak tu kata, "sim ni memang baik,, kalau nak hantar pc yang rosak tu, cakap je ngan akak, nanti akak hantar kat dia sebab kiteorang memang kamcing." huh,, memang ana rasa lega sangat.. alhamdulillah.. semua selesai.. memang betullah, sesuatu musibah itu pasti ada hikmahnya.. macam cerita ni.. ana dapat 3 kebaikan iaitu..

  1. lap-top ana dah o.k balik tanpa menggambil masa yang lama, dan tanpa dikenakan cass langsung!
  2. ana dah jumpa tempat yang sangatlah baik untuk menghantar pc ana yang rosak tu.
  3. dan, ana dapat kenal kakak2 yang comel dan baik hati tu.

Itulah kebaikan yang ana dapat,, thank you Allah..


Lepas ni, ana nak try rapat dengan kakak2 tu,, ops, bukan dengan kakak2 tu je, tapi semua jiran2 ana.. insyaAllah...


Ana teringat satu lagu tentang jiran ni, amatlah terkesan dalam diri..lagu dari MESTICA tajuknya sendu sedawa..

Adakah kau tahu?
Siapakah mereka jiran tetangga mu,
pernahkah engkau melihat,
Apakah dalam sendu atau sendawa,
Kenalilah dan bertegurlah sapa,
Dengan akhlak yang mulia,
Hidup berjiran susah dan senang,
suka duka, dirasa bersama....
Semoga antum semua dapat mengambil beberapa butir mutiara teladan dari cerita ini dan lagu tersebut..
                                                           ~salam ukhwah~

Tuesday 15 March 2011

Kisah 4 isteri



"Dan bukanlah harta atau anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada kami, melainkan orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan.."  <Saba:37>

Jika si emak2 atau si ayah2 atau yang selainnyalah selalu menceritakan kepada kita tentang kisah2 para nabi dan rasul, kisah para sahabat dan tabi'in sebelum tidur serta kisah2 teladan sebagai penghibur diri seperti buaya dengan kancil, arnab dan kura2 serta banyak lagi.. kali ini ana ingin berkongsi tentang satu kisah yang InsyaAllah boleh dibuat teladan dan pengajaran..  tapi mungkin ada diantara antum yang dah tau kisah ni.. tapi ana nk kongsi juga.. jika ada yang dah tau boleh dibuat tazkirah dan jika belum tahu boleh dibuat ilmu baru..

Ada seorang lelaki ni, amatlah kaya.. boleh dikira sebagai jutawan..  Ana namakannya Leman..  Leman amat berpengaruh tidak kiralah di dalam atau luar negara.. semua orang mengenalinya.. selain itu,, leman mempunyai 4 orang isteri tetapi sayang,, beliau tidak dikurniakan seorang pun anak... nak tau ceritanya dengan isteri2 beliau? jom baca...


Isteri pertama leman adalah seorang perempuan yang biasa2 je.. x lah cun sangat dan x lah buruk sangat.. dia adalah seorang isteri yang amatlah setia dan selalu merawat leman jika dia jatuh sakit, dia juga selalu menguruskan hidup leman seperti makan pakai dan macam2 lagilah.. tetapi sayang, leman selalu mengabaikannya.


Isteri keduanya pula ialah seorang isteri yang selalu memberi perhatian kepada leman.. sentiasa berada di sisi leman jika dia berada di dalam kesusahan atau kesulitan,, isteri yang keduanya juga selalu  membantu leman menyelesaikan masalahnya..  disebabkan itu.. leman amat suka jika mengadu masalahnya kepada isteri yang keduanya ini..

Lain pula cerita tentang isterinya yang ketiga ini, dia adalah seorang wanita yang amatlah cantik dan pandai bergaya.. leman amat suka memperkenalkan isterinya ini dengan teman2 nya yang lain.. leman amat bangga jika teman2  memuji isterinya  dan dia merasakan dialah lelaki yang amat beruntung sekali.. tetapi leman takut juga jika isterinya ini lari ikut lelaki lain.. 

Isterinya yang keempat agak sama dengan isteri ketiga leman.. dia ni cun lah jugak.. leman selalu memberikannya kekayaan dan kesenangan kepadanya.. leman tidak pernah lupa untuk memberikannya wang belanja harian dan selalu membelikan pakaian yang cantik2 untuk isterinya yang ketiga ini..


Tidak lama selepas itu, leman jatuh sakit... dalam keadaannya yang tenat.. dia memanggil keempat-empat isterinya menghadap... leman memandang ke arah isterinya-isterinya dengan muka yang amat sayu dan mula bermadah kepada isterinya yang keempat..

"Wahai isteriku yang paling muda.. kau amatku sayangi.. setiap hari aku x pernah lupa untuk memberikan wang kepada kau, dan kau selalu aku berikan pakaian yang cantik2.. oleh itu,, sudikah kau berada disamping ku sehigga aku di hujung nyawa?" dengan pantas isterinya yang keempat menjawab... "tentu saja tidak.. buat apa nak buang masa jaga kau.. lebih baik aku keluar.. enjoy lagi best.." katanya dengan angkuh dan terus berlalu pergi...

Kata2 itu amat menyakitkan hati seperti pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hati leman.. lalu leman memandang ke arah isterinya yang ketiga pula..

"Wahai isteriku yang ketiga.. kau isteri yang amat ku bangga2 kan.. sudikah kau bersama ku hingga ke hujung nyawa"? lalu dia pun menjawab.. "hidup begitu indah di sini.. aku tidak mahu meniggalkannya.. lagipun aku masih muda dan cantik.. selepas kau mati aku boleh khawin lagi.." selepas menggungkapkan kata2 itu,, isterinya yang terus berlalu pergi...

Leman amat terpukul dengan kata2 isterinya itu.. tetapi leman tidak berputus asa,, leman terus memandang ke arah isterinya yang kedua pula dan terus mengatur madah...

"Wahai isteriku yang selalu membantuku ketika aku berada didalam kesusahan dan kesulitan... sudikah kau bersama-samaku hingga ke akhir hayat hidupku"? kata leman dengan suara yang amat sayu.. lalu isterinya yang keduanya pun menjawab... "wahai suamiku,, aku tak mampu tolong! aku hanya mampu menguruskan jenazahmu hingga selesai dan akan menghantarmu hingga ke kubur sahaja.. tapi kau jangan risau,, nanti aku akan buatkan kau makam yang amat indah wahai suamiku.." 

Kata2 isterinya yang kedua itu ibarat kilat yang menyambar.. leman berasa amat sedih dan kecewa terhadap perangai isteri2 yang amat dikasihinya.. tiba2 leman terdengar satu suara yang amat sayu di tepi pintu biliknya.. cam ni bunyi yer,, "wahai suamiku, aku akan tinggal denganmu.. aku akan mengikut ke mana sahaja kau pergi.. aku tidak akan sesekali meniggalkanmu dan aku akan sentiasa setia denganmu.."

Rupa-rupanya suara itu adalah kepunyaan isterinya yang pertama.. leman amat sedih melihat keadaan isterinya  yang kurus seperti orang yang tidak cukup makan serta dengan bajunya yang kusam amat menyentuh hati leman.. leman hanya mampu memandang wajah isteri pertamanya itu dengan pandangan yang hiba dan menyesal..


Begitulah kisah hidup leman.. tetapi sedar atau tidak?????

  WUjuD 4 ISteRI InI DAlaM HIDup KIta!!!


Isterinya yang keempat diibaratkan seperti tubuh badan kita.. walaupun kita hiasnya dengan kecantikan dan keindahan tetapi tidak ada yang tersisa saat kita mati pergi menghadapNya..


Isteri yang ketiga pula diibaratkan seperti status sosial kita semasa hidup seperti datuk, datin, tan sri, puan sri dan macam2 lagilah.. semua akan pergi kepada yang lain iaitu pewaris2 yang akan datang.. begitu juga dengan harta kita.. ia akan beralih kepada kerabat2 kita yang lain bila kita mati nanti...


Isteri kedua pula seperti kaum kerabat kita.. sentiasa memberi pertolongan ketika susah dan senang tetapi walaupun rapat,, mereka tidak boleh sentiasa bersama kita selamanya.. hanya ke kubur sahaja mereka mampu hantar..

Isteri pertama pula adalah iman dan amal kita,, mungkin kadang2 kita pernah melupakan dan mengabaikannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi..


Tetapi ingatlah,, hanya iman dan amal sahajalah yang mampu mendampingi kita ke mana sahaja kita melangkah  hatta sehingga ke akhirat kelak untuk membantu kita di akhirat semasa bertemu Robbul Izzati...



Oleh itu,, perlakukanlah iman dan amal kita sebaiknya supaya kita tidak menyesal akhirnya nanti..

Ana teringat kepada satu hadis yang diberikan oleh sahabat ana.. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah  S.A.W bersabda: "Apabila matinya seorang anak adam itu maka terputus daripadanya segala amalan kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.."

Moga iman dan amal kita sentiasa bertambah sepertimana bertambahnya umur kita...


                                                          <<< SALAM UKHWAH>>>

Dia Sahabat...

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, dan benci demi Allah.."  <Riwayat Tayalasi,Hakim, Tabarani Fi al-Kabir & al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah & Ibn Nasr>



Memori itu mengigatkan aku,
Pada waktu itu,
Jiwa dan hati kita bersatu,
Gigih bersama menimba ilmu,
Untuk mengejar cinta Yang Satu,
Tika kalamMu membisik rindu,
Hati kami semakin mekar mencintaiMu,

"Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.."   <Ali-Imran:103>

Oh, indahnya persahabatan ini,
Jika kerana Illahi,
Tidak wujud dusta menyakiti,
Musnah segala perasaan dengki,
Sinar semua kepentingan diri,
Hanya redo tuhan dicari,
Moga persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat di akhirat nanti....

sepi~

Ketika sepi menyapa diri,
 Adakah aku bersendiri?
 Kekadang menitis air mata di pipi,
Hatiku tertanya-tanya sendiri,
 Adakah aku menangisi diri sendiri?
 Tiba-tiba ku rasakan damai,
Bila tuhan berikan jawapan,
Bahawa diri sentiasa diperhati,
Kau tidak pernah menyendiri,
 Adanya Ar-Rahman yang sentiasa menemani,
 Ayat al-quran penghibur hati,
 Terpana aku bila mengingati,
 KalamMu Yang Maha Tinggi,

"Janganlah berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.. sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."  <Az-Zumar:53>

 Kini barulah aku sedari,
 bahawa sepi itu tak pernah menghampiri,
 Bila hati ikhlas menyintai Illahi,
 Kerana dialah kekasih abadi..

Monday 14 March 2011

Dugaan Ini..

Beratnya ku rasa dugaan ini,
Ya Allah, kau sentiasa menguji,
Mampukah ku memikul ujian ini?
 Dengan rasa kehambaan diri? 
Dengan penuh bersangka baik denganMu Illahi,
Malah semakin ku jalani, apa yang ku perolehi?
Hanya derita, demi derita menanti,
Namun aku akui, kasihMu tak bertepi,
Terlintas di hati ini kalamMu yang suci,

 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannyan, dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.." <Al-Baqarah:286)

Sedarlah aku bahawa,
Dugaan itu tanda cintaNya,
Kutersenyum sendiri bila mengingati,
 FirmanMu yang Maha Tinggi,

 "Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.." <Asy-Syarh:6>

 Mungkin dijalan derita ini,
 Ada bahgia menanti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)