welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Tuesday 15 March 2011

Kisah 4 isteri



"Dan bukanlah harta atau anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada kami, melainkan orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan.."  <Saba:37>

Jika si emak2 atau si ayah2 atau yang selainnyalah selalu menceritakan kepada kita tentang kisah2 para nabi dan rasul, kisah para sahabat dan tabi'in sebelum tidur serta kisah2 teladan sebagai penghibur diri seperti buaya dengan kancil, arnab dan kura2 serta banyak lagi.. kali ini ana ingin berkongsi tentang satu kisah yang InsyaAllah boleh dibuat teladan dan pengajaran..  tapi mungkin ada diantara antum yang dah tau kisah ni.. tapi ana nk kongsi juga.. jika ada yang dah tau boleh dibuat tazkirah dan jika belum tahu boleh dibuat ilmu baru..

Ada seorang lelaki ni, amatlah kaya.. boleh dikira sebagai jutawan..  Ana namakannya Leman..  Leman amat berpengaruh tidak kiralah di dalam atau luar negara.. semua orang mengenalinya.. selain itu,, leman mempunyai 4 orang isteri tetapi sayang,, beliau tidak dikurniakan seorang pun anak... nak tau ceritanya dengan isteri2 beliau? jom baca...


Isteri pertama leman adalah seorang perempuan yang biasa2 je.. x lah cun sangat dan x lah buruk sangat.. dia adalah seorang isteri yang amatlah setia dan selalu merawat leman jika dia jatuh sakit, dia juga selalu menguruskan hidup leman seperti makan pakai dan macam2 lagilah.. tetapi sayang, leman selalu mengabaikannya.


Isteri keduanya pula ialah seorang isteri yang selalu memberi perhatian kepada leman.. sentiasa berada di sisi leman jika dia berada di dalam kesusahan atau kesulitan,, isteri yang keduanya juga selalu  membantu leman menyelesaikan masalahnya..  disebabkan itu.. leman amat suka jika mengadu masalahnya kepada isteri yang keduanya ini..

Lain pula cerita tentang isterinya yang ketiga ini, dia adalah seorang wanita yang amatlah cantik dan pandai bergaya.. leman amat suka memperkenalkan isterinya ini dengan teman2 nya yang lain.. leman amat bangga jika teman2  memuji isterinya  dan dia merasakan dialah lelaki yang amat beruntung sekali.. tetapi leman takut juga jika isterinya ini lari ikut lelaki lain.. 

Isterinya yang keempat agak sama dengan isteri ketiga leman.. dia ni cun lah jugak.. leman selalu memberikannya kekayaan dan kesenangan kepadanya.. leman tidak pernah lupa untuk memberikannya wang belanja harian dan selalu membelikan pakaian yang cantik2 untuk isterinya yang ketiga ini..


Tidak lama selepas itu, leman jatuh sakit... dalam keadaannya yang tenat.. dia memanggil keempat-empat isterinya menghadap... leman memandang ke arah isterinya-isterinya dengan muka yang amat sayu dan mula bermadah kepada isterinya yang keempat..

"Wahai isteriku yang paling muda.. kau amatku sayangi.. setiap hari aku x pernah lupa untuk memberikan wang kepada kau, dan kau selalu aku berikan pakaian yang cantik2.. oleh itu,, sudikah kau berada disamping ku sehigga aku di hujung nyawa?" dengan pantas isterinya yang keempat menjawab... "tentu saja tidak.. buat apa nak buang masa jaga kau.. lebih baik aku keluar.. enjoy lagi best.." katanya dengan angkuh dan terus berlalu pergi...

Kata2 itu amat menyakitkan hati seperti pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hati leman.. lalu leman memandang ke arah isterinya yang ketiga pula..

"Wahai isteriku yang ketiga.. kau isteri yang amat ku bangga2 kan.. sudikah kau bersama ku hingga ke hujung nyawa"? lalu dia pun menjawab.. "hidup begitu indah di sini.. aku tidak mahu meniggalkannya.. lagipun aku masih muda dan cantik.. selepas kau mati aku boleh khawin lagi.." selepas menggungkapkan kata2 itu,, isterinya yang terus berlalu pergi...

Leman amat terpukul dengan kata2 isterinya itu.. tetapi leman tidak berputus asa,, leman terus memandang ke arah isterinya yang kedua pula dan terus mengatur madah...

"Wahai isteriku yang selalu membantuku ketika aku berada didalam kesusahan dan kesulitan... sudikah kau bersama-samaku hingga ke akhir hayat hidupku"? kata leman dengan suara yang amat sayu.. lalu isterinya yang keduanya pun menjawab... "wahai suamiku,, aku tak mampu tolong! aku hanya mampu menguruskan jenazahmu hingga selesai dan akan menghantarmu hingga ke kubur sahaja.. tapi kau jangan risau,, nanti aku akan buatkan kau makam yang amat indah wahai suamiku.." 

Kata2 isterinya yang kedua itu ibarat kilat yang menyambar.. leman berasa amat sedih dan kecewa terhadap perangai isteri2 yang amat dikasihinya.. tiba2 leman terdengar satu suara yang amat sayu di tepi pintu biliknya.. cam ni bunyi yer,, "wahai suamiku, aku akan tinggal denganmu.. aku akan mengikut ke mana sahaja kau pergi.. aku tidak akan sesekali meniggalkanmu dan aku akan sentiasa setia denganmu.."

Rupa-rupanya suara itu adalah kepunyaan isterinya yang pertama.. leman amat sedih melihat keadaan isterinya  yang kurus seperti orang yang tidak cukup makan serta dengan bajunya yang kusam amat menyentuh hati leman.. leman hanya mampu memandang wajah isteri pertamanya itu dengan pandangan yang hiba dan menyesal..


Begitulah kisah hidup leman.. tetapi sedar atau tidak?????

  WUjuD 4 ISteRI InI DAlaM HIDup KIta!!!


Isterinya yang keempat diibaratkan seperti tubuh badan kita.. walaupun kita hiasnya dengan kecantikan dan keindahan tetapi tidak ada yang tersisa saat kita mati pergi menghadapNya..


Isteri yang ketiga pula diibaratkan seperti status sosial kita semasa hidup seperti datuk, datin, tan sri, puan sri dan macam2 lagilah.. semua akan pergi kepada yang lain iaitu pewaris2 yang akan datang.. begitu juga dengan harta kita.. ia akan beralih kepada kerabat2 kita yang lain bila kita mati nanti...


Isteri kedua pula seperti kaum kerabat kita.. sentiasa memberi pertolongan ketika susah dan senang tetapi walaupun rapat,, mereka tidak boleh sentiasa bersama kita selamanya.. hanya ke kubur sahaja mereka mampu hantar..

Isteri pertama pula adalah iman dan amal kita,, mungkin kadang2 kita pernah melupakan dan mengabaikannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi..


Tetapi ingatlah,, hanya iman dan amal sahajalah yang mampu mendampingi kita ke mana sahaja kita melangkah  hatta sehingga ke akhirat kelak untuk membantu kita di akhirat semasa bertemu Robbul Izzati...



Oleh itu,, perlakukanlah iman dan amal kita sebaiknya supaya kita tidak menyesal akhirnya nanti..

Ana teringat kepada satu hadis yang diberikan oleh sahabat ana.. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah  S.A.W bersabda: "Apabila matinya seorang anak adam itu maka terputus daripadanya segala amalan kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.."

Moga iman dan amal kita sentiasa bertambah sepertimana bertambahnya umur kita...


                                                          <<< SALAM UKHWAH>>>

Dia Sahabat...

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, dan benci demi Allah.."  <Riwayat Tayalasi,Hakim, Tabarani Fi al-Kabir & al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah & Ibn Nasr>



Memori itu mengigatkan aku,
Pada waktu itu,
Jiwa dan hati kita bersatu,
Gigih bersama menimba ilmu,
Untuk mengejar cinta Yang Satu,
Tika kalamMu membisik rindu,
Hati kami semakin mekar mencintaiMu,

"Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.."   <Ali-Imran:103>

Oh, indahnya persahabatan ini,
Jika kerana Illahi,
Tidak wujud dusta menyakiti,
Musnah segala perasaan dengki,
Sinar semua kepentingan diri,
Hanya redo tuhan dicari,
Moga persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat di akhirat nanti....

sepi~

Ketika sepi menyapa diri,
 Adakah aku bersendiri?
 Kekadang menitis air mata di pipi,
Hatiku tertanya-tanya sendiri,
 Adakah aku menangisi diri sendiri?
 Tiba-tiba ku rasakan damai,
Bila tuhan berikan jawapan,
Bahawa diri sentiasa diperhati,
Kau tidak pernah menyendiri,
 Adanya Ar-Rahman yang sentiasa menemani,
 Ayat al-quran penghibur hati,
 Terpana aku bila mengingati,
 KalamMu Yang Maha Tinggi,

"Janganlah berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.. sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."  <Az-Zumar:53>

 Kini barulah aku sedari,
 bahawa sepi itu tak pernah menghampiri,
 Bila hati ikhlas menyintai Illahi,
 Kerana dialah kekasih abadi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)