welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Friday 8 April 2011

Bila berbicara tentang bahasa....

Bismillah...


Malam itu, masa ana dengan kawan2 sedang prep kat dewan makan, tiba2 datang kak ur dan mengatakan "time's up" kat aishah ghani  (dia bagitau yang masa prep dah abis)

Lepastu aishah ghani ketawa.. dan berkata...

Aishah: teringat aku kat ustaz bachok.. kalau masa dia jaga pekse dulu, dia suka sangat cakap.. "o.k, masa dah time, sila hantar kertas yer,,"

Ana pun turut ketawa sama.. a'ah, teringat pulak kat cikgu ekon ana tu.. hehe.. cikgu yang paling suka buat lawak..


Bila ana dengar kata-kata aishah tu, ana teringat kat satu peristiwa ni.. erm, klaka lah jugak..
Nak tau?? jom baca...

Hari tu masa last madah b.m, cikgu diana masuk.. budak2 lelaki masa tu tengah sibuk baca surat khabar.. sampailah dah abis baca doa, diaorang tak simpan lagi surat khabar tu... lalu cikgu pun tegur..

Cikgu: dah2 lah baca, cerita apa yang khusuk sangat awak baca tu? dah2 simpan..

Lepas je kena tegur, diaorang pun simpan....


Dipendekkan cerita, masa tu dah nak balik.. belum pun cikgu bagi salam, diaorang cepat2 keluarkan surat khabar tu, aisey.. apekene jakun jiddan budak2 tu.. sebok sangat dengat bendaalah tu.. ish~

Bukan ana je pelik, tapi cikgu pun pelik... lepas je bagi salam, cikgu pun bermadah..

Cikgu: Ya Allah, apa yang best sangat cerita kat peper tu hah apis? cuba bagitau saya..

Apis Juki yang merupakan ketua kelas ana masa tu, menjawab dengan penuh semangat..

Apis: cerita kemalangan accident cikgu..

Cikgu: hah, apa? apalah awak ni, dah lah kemalangan, accident pulak tu.. ish, tulah bahasa awak semua, main cakap je, ha.. contoh yer, kalaulah awak suruh kawan awak pakai baju, mesti awak cakap," wei, cuba ko test, try baju ni.." dahlah suruh cuba, test, siap suruh try lagi...

Masa tu, satu kelas ketawa.. baru perasan kesalahan masing2... adeh~
Erm,, bila pikir balik, memang banyak sangat kesalahan pada bahasa yang kita gunakan hari2..
So, kesimpulanyer, jagalah bahasa ibu kita..
Jangan jadi cam aishah ghani.. lejan jer.. hoho..

{mesti pembaca tertanya-tanya, apa motiflah si fatin ni post bendaalah ni?? hehe.. sebenaryer ana pon tak tau.. Allah bagi ilham kot.. hoho.. x de motif pon!}

Sekian...                            Salam Ukhwah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)