“Mana Inas?”
Kakinya menapak ke arah meja makan lalu terus
menarik kerusi dan duduk. “Dalam bilik tengah tidur, dia penat sangat tu.”
“Apa masalah dia Khaulah?” Tangan kanannya pantas
manyuap honey star manakala tangan
kirinya memegang nota econs.
“Dia stress
sangat tadi, dia kata ada orang perli dia kat publick pasal tudung.”
Tangan yang nak menyuap lagi honey star dalam mulut pantas terhenti. “What?
Sapa punya mulut yang tak ada
insurans tu? Ni yang nak keluar bunga silat ni!” Matanya membulat.
Khaulah tersengih, dia tidak menjawab. Dia tak heran
langsung dengan reakrasi sahabat baiknya itu sejak dari matrik lagi. Si Wildan
ni amat pantang bila ada orang usik kawan dia. Apatah lagi keluarganya. Marah
sungguh dia. Dia ingat lagi 3 tahun lepas bila bercuti di kampung Wildan. Adik
bongsu Wildan yang bernama Hanan pernah ditolak secara tidak sengaja oleh kawannya
sampai luka di buku lali. Natijahnya, satu jam lebih-lebih kawan si Hanan tu
kena ceramah free. Sadis!
Sebenarnya dalam hati, Khaulah rasa amat kesal
dengan peristiwa yang terjadi. Khaulah
tahu, hati Syafinas ni lembut, dia sebenarnya boleh je terima bila orang lain
tegur, tapi kenalah berhikmah. Hati siapa yang tidak terguris dan hendak
menerima nasihat apabila ditegur dengan tengkingan serta cercaan?
Buktinya adalah bagaimana terjadinya sejarah
pesahabatan baik antara dia dan Wildan dengan Syafinas dua tahun yang lalu.
Waktu mereka sama-sama masuk UKM dulu. Masa tu Khaulah dan Syafinas satu bilik
di pangsarama 6A dari semester satu
lagi. Syafinas yang waktu itu tidak mempunyai kawan baik telah mula cuba
berkawan dengan teman sebiliknya Khaulah. Dan memang sifat semula jadi Khaulah
yang ramah dan mudah bergaul itu yang telah menjadikan mereka berkawan baik,
sampai sekarang.
Syafinas walaupun tidak bertudung, tapi solatnya
sentiasa terjaga. Walaupun kadang-kadang nak dekat akhir-akhir waktu. Tapi alhamdulillah,
itu tanda Allah masih sayang dia. Khaulah dan Wildan pernah ajak-ajak juga dia
bertudung. Tapi Syafinas kata dia tak sedia lagi. Khaulah ingat lagi malam tu
bila Syafinas bagi alasan kenapa dia tak nak berhijab ni. Dia kata dia minat
rock, lagi-lagi Amy Search. Nanti tak rocklah kalau dia dah pakai tudung.
Khaulah hanya mampu tersenyum je. Dia tahu, tu cuma
alasan. Memang sebenarnya si Syafinas ni tidak bersedia lagi nak bertudung. Dan
peristiwa hari itu memang jadi kejutan buat dia. Sebab dia ada cara dia sendiri
untuk tegur Syafinas.Benda yang dia hendak jaga dulu adalah solat kawan-kawan
dia ni. Lagi-lagi solat berjemaah. Sebab dulu walid pernah pesan kat dia...
“Walid tahu
walid sibuk. Anak-anak walid ramai. Dan walid tak boleh nak buat spot check
satu-satu apa yang anak-anak walid buat. Tapi.. ada satu yang walid betul-betul
jaga, solat. Sebab walid tahu, elok solat anak-anak walid, maka eloklah juga perangai anak-anak walid
ni..”
Dan memang betul, kesedaran itu lahir dari
kesempurnaan solat tersebut.
...dirikanlah solat. Sesungguhnya solat
itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (Al-Ankabut: 45)
So,
selama ini dia sanggup bila jadi imam setiap kali solat berjemaah sebab dia nak
harapkan perubahan dalam diri kawan-kawan dia. Terutama Syafinas. Baru-baru ni je
dia start buat tazkirah lepas maghrib,
itu pun beberapa kali sahaja dalam seminggu. Untuk next step, memanglah nampak lambat. Tapi dia yakin, bila dia sabar
insyaAllah, Allah akan bantu dia.

Selain itu dia sedar, dalam berdakwah itu ada
seninya. Macam Allah kata..
“Dan berikanlah pelajaran, dan
katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka” (An-Nisa:63)
Dan tanpa dia sedar, terpacul ayat ni dari mulutnya
perlahan. “Ya Allah, tolong berikanlah hidayah pada sahabat baik yang dia
sayang sangat ni!”
Wildan yang baru hendak ke singki untuk membasuh
mangkuk honey starnya, terduduk balik
bila terdengar doa itu. Sempat lagi dia kata dalam hati. “Ameen..”