welcome

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125)

Labels

Wednesday, 24 October 2012

Hari Pengorbanan.

Bismillah..

Salam. Memang terasa dah lama tak meng-update. :(

Sekarang dah nak dekat aidiladha.. Dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua yang  masih teguh dengan pegangan akidahnya kepada Allah al-Wahhab. Selamat menyambut hari yang penuh pengorbanan.. :) 

Mari sama-sama kita hayati kembali keteguhan  si Ibrahim yang tetap setia pada Tuhannya biarpun diperintah mengorbankan anak tercinta.

 Dan mari kita contohi sifat pasrah si anak walaupun diarah menjadi korban oleh Tuhannya. Lihat betapa awesome-nya mereka!



So here I want to a poem entitled 'Hari Pengorbanan'


Getaran udara itu terasa,
Seruan langit seakan bergema,
Awal zulhijjah mendidik kita,
Menjadi sang hamba yang taat kepadaNya,
Lalu apakah pendosa itu mengira,
Nikmat Allah itu banyak tak terkata,
Sekadar peringatan hayati bersama,
Betapa iman perlukan pengorbanan..

Seperti mana kisah Nabi kita,
Tanpa mengeluh dia setia,
Itulah hamba yang sangat mulia,
Marilah kita contohi mereka..

Selamat Hari Raya Aidiladha!
Jom hayati apa erti pengorbanan sesama hamba,
Dengan Tuhannya... 



SEKIAN: 
Salam Ukhwah..

Saturday, 14 July 2012

Hamba Allah yang waahhh itu!!!

Bismillah...
Alhamdulillah Allah izinkan lagi saya menaip.. :)
kali ni saya nak share satu hadis yang bagi saya amatlah waahhhh!!! ianya berkaitan dengan ukhwah...
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi-nabi dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah".



Mantoop tidak?? hambuih.. ada juga eak?


Yang pertama anda perlu jelas orang itu : Bukan dari kalangan Nabi dan Syuhada!
Yang kedua anda perlu faham : Mereka ini sangat dicemburui oleh para Nabi dan Syuhada!
Yang ketiga anda kena jelas dan faham : Mereka ini sangat dicemburui kerana "kedudukan" mereka di sisi Allah!!
 hebat! hebat! o.k, kita sambung balik hadis tadi...

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?
Rasulullah S.A.W bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahayaMereka tidak takut ketika manusia-manusia yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

Jadi macam mana? rasa hebat tak dengan orang macam ini??
Mereka itu berkasih-sayang kerana Allah, berukhwah kerana Allah, sehinggakan bercinta dan rindu untuk bertemu juga keranaNya..
bercinta yang macam mana ni??
Ianya pastilah bercinta kerana Allah, kerana Islam mereka, kerana iman mereka, mereka cintakan ukhuwah mereka kerana Syurga.. pokok pangkalnya kerana untuk 'Redha Allah' dengan segala apa yang dikurniakan kepada mereka..
meskipun tidak ada sedikitpun ikatan kekeluargaan! hatta BAU-BAU bacang pon takda!
ya Allah! hebat saaaangat ni! anda macam mana? ehh kita macam mana?!

apa kelebihan mereka yang macam wahhhhhhhhhhh ni???


Cuba lihat balik hadis tadi..
*sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya
*Mereka tidak takut ketika manusia-manusia yang lain takut.
*Dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.
Macammana nak jadi hamba Allah yang waahhh tu?? jalannya mudah.. cuma menjaga hak dalam berukhwah je! MasyaAllah.. boleh ke kita jadi macam ni??
hey awak! berukhuwwah dengan buku itu MESTI! tapi ada yang lagi waahhh dari itu! berukhuwwah dengan makhluk yang sama sepertimana kamu diciptakan itu lagi PENTING! tapi tak semudah yang disangkalah kan?
kerana ukhuwwah itu akan lebih bermakan dan lebih telus bila ada PERISTIWA yang menguji ikatan tersebut. kalau tak, jumpa-jumpa balik. haha. nothing happen. tak de rasa apa.
 Allah. Allah. bagaimana dengan ukhuwwah yang penah kita bina? samakah seperti apa yang dijanjikan oleh Rasul-Nya?
 wallahu'a’lam..
Sekian:
salam ukhwah..

Jom kejar nikmat yang besar itu!!


Mencari redho Illahi itu, tidak semudah memasak maggi..

pernah dengarkan ayat tu?? :)



Saya ada terbaca satu Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahih Bukhari dan mukhtasarnya :

Ada dailog antara Allah s.w.t bersama dengan ahli syurga :

Allah berfirman : Wahai Ahli Surga!! 

Ahli syurga menjawab : Ya, wahai tuhan kami, kami junjung titah seruMu dan segala kebaikan berada ditanganMu.

Allah berfirman : Adakah kamu redho? (Adakah kamu berasa cukup dengan hidangan syurga ini?)

Jawab mereka : Adakah kami tidak Redho, sedangkan apa yang Engkau berikan ini tidak diberikan pada orang lain selain kami.

Allah berfirman lagi : Sudikah kamu Aku nak berikan yang lebih baik daripada itu?

Mereka menjawab : Ya tuhan kami, masih ada lagikah yag lebih baik selain daripada syurga ini?

Allah berfirman : (iaitulah) Aku akan berikan pada kamu REDHO-Ku. Dan selepas itu tidak ada kemurkaan Aku terhadap kamu selama-lamanya.

(Hadis riwayat Bukhari)
kesimpulannya...

Redho adalah nikmat paling tinggi dari Allah, baik di dunia mahupun di akhirat selain nikmat iman dan islam!!

Jom kita sama-sama jaga baik-baik nikmat tu.. 
insyaAllah :D


sekian:
salam ukhwah..



Friday, 20 April 2012

ALHAMDULILLAH, I’M 19th YEARS OLD NOW..;D

Bismillah..

Sudah lama rasanya tidak bermadah di asrarillahi ini ye.. huhu.. sedikit ke-busy-an yang melanda diri ini, walaubagaimanapun segala urusan berjalan dengan gilang-gemilangnya, alhamdulillah…

Firstly, saya nak bersyukur sangat-sangat sebab Allah telah mentakdirkan saya untuk sibuk kebelakangan ini, jadinya.. tak delah asyik nak lepak depan laptop seharian, buat dosa dengan membuang masa~ *ececeh….

Okey ke pangkal pokok cerita post saya kali ini..
Haritu, 6 April 2012, hari Jumaat… atau lebih dikenali sebagai penghulu segala hari..

ALHAMDULILLAH, I’M 19th YEARS OLD NOW..;D

Haisyy.. apelah, dah lambat baru nak update kah?? Cerita basilah~

Hoihoi.. maaflah, kan dah habak kat awal-awal lagi, saya ni ‘dilanda ke-busy-an!’.. Segala ucapan di FB pon saya tak sempat nak  balas.. jadinya saya ingin mohon kepada semua yang saya sayang kerana Allah:

# Doakan saya dipermudahkan segala urusan.

# Ditambahkan iman dan amal sentiasa.

# Dapat melestarikan diri menjadi anak, pelajar, hamba, sahabat , pekerja, adik , kakak, ibu (ok, lama lagi) dan sebagainya.. yang bolah memberi sebayak-bayaknya manfaat selagi masih bernyawa.

Tapi, even tak dapat nak main chat-chat kat FB dan YM pon, saya dapat borak berjam-jam lamanya dengan sahabat-sahabat saya kat hendsetkan.. peringatan!! si ‘manis’  yang menggunakan perkhidmatan maxis aje saya cll tau. Eah! lupa, ada sorang lelaki saya contect, cik abang saya yang kat pj tu! heee.. kira ok lah tu kan? dapat borak lama-lamakan!! :p

Jazakallahu khairan, arigatou, thank you, toceh, dan segala macam ingin saya ucapkan juga kepada orang-orang  yang telah menghantarkan mesej menggunakan khidmad pesanan ringkas yang menyentuh hati dan menaikkan semangat!! Saya terharu~^_^

Okey, sudah.. sudah!! Gaya bahasa ni dah macam orang dapat trofil yang  menang anugerah Nasyid.com tu kan?? Aiseyy…

Ni sebenarnya ada cerita sikit. Aritu, masa 8 April 2012. Iaitu hari Ahad 2 hari selepas hari lahir saya,malam itu  seperti biasa saya menunggu anak murid saya untuk aktiviti tuisyen.. tetibee ada kejutan!! Jeng..jeng..jeng..

Ni dia..


Heee.. saya dapat hadiah dari budak kecik ni~

 Inche Muhammad Arif Asyraf Bin Md Ariffin! (gedik budak ni :P)

Haha.. rasa nak gelak guling-guling bila dia tunjuk kek tu.. huhu.. Inilah salah seorang anak murid saya yang rajin sungguh belajar walaupun baru darjah 4,walaupun asyik kena marah, walaupun asyik kena bebel, walaupun rumah dia jauhlah jugak, dan sebagainya, tapi tetap konsisten datang kelas. Hoho.. tabiklah!!

Moral of the story, untuk kesekian kalinya, umur semakin bertambah pendek, bukan bertambah panjang!! Moga baki-baki sisa umur yang masih tersisa ini saya dapat gunakan untuk terus memberi… Insya-Allah.. Doakan saya~

Sekian:<SALAM UKHWAH>

           


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

usrati jannati:)

usrati jannati:)